Aku bukan nak review atau nak memburukkan mana-mana pengeluar DSLR terkemuka didunia ini, cuma hendak luahkan pendapat dan isi hati. Adik aku ade bercerita mengenai seorang kawannya yang baru memiliki sebuah DSLR Nikon D70, dengan bangganya  menceritakan tentang kelebihan yang dimiliki oleh kameranya berbanding dengan DSLR lain, terutamanya DSLR Sony.

FYI, Sony merupakan sebuah syarikat gergasi dunia yang mempunyai pelbagai jenis produk, yang terkenal antaranya, Televisyen, Sound System/Teather, PlayStation, Sony VIO, Sony Erricson dan banyak lagi. Antara produk terbaru Sony ialah kamera DSLR yang dinamakan Sony ? (alpha). Mungkin ramai yang masih tidak sedar, Sony ? sebenarnya adalah hasil daripada penyerahan tugas(pembelian) dari sebuah pengeluar kamera/DSLR, Minolta.  Minolta mengeluarkan SLR dan DSLR sejak 1960. Sony juga bukan baru dalam DSLR, kerana Sony merupakan pengeluar Sensor bagi DSLR Nikon!

Bagaimana pula dengan lensa? Body Sony ? dibangunkan  mengikut spesifikasi DSLR Minolta, membolehkan Sony ? menggunakan semua jenis lens DSLR Minolta. Sony juga kini turut mengeluarkan pelbagai jenis lensa untuk digunakan pada Sony ?. Pengeluar lensa terkenal didunia, Carl Zeiss juga turut bekerjasama dengan sony mengeluarkan lensa High-End kepada Sony ?.

Sony juga telah melancarkan DSLR Full Frame pertamanya pada penghujung 2008 iaitu ?900 yang cukup hangat diperkatanya. Dengan 24.5 megapixel dan Dual Bionz Sensor, Sony memperkenalkan produk ?900 dengan harga yang cukup berpatutan iaitu RM10k telah membuka mata pengguna-pengguna DSLR.

Bukan niat memburukkan pengguna Nikon, kini sedang hebat diperkatakan selain menggunakan sensor keluaran Sony,  kebanyakkan DSLR Nikon adalah buatan Thailand atau China,  kecuali bagi DLSR Nikon yang High-End. Manakala Canon dan Sony semua DSLRnya adalah buatan Jepun. Anda boleh lihat perdebatan ini dengan melayari mana-mana forum DSLR atau cari di Google.

Walaubagaimanapun, perkara yang paling penting ialah bakat dan skil penggunaan kamera DSLR dalam fotografi, dan bukanya hanya terletak kepada kamera semata-mata. Kamera hanyalah suatu alat yang membantu kita dalam seni fotografi. Tidak kira anda pengguna Sony ?, Nikon, Canon mahupun DSLR lain yang penting adalah keselesaan dan keserasian kita dengan kamera yang digunakan. Tidak ada gunanya jika kamera sahaja mahal dan canggih tetapi kita tidak reti menggunakannya. Marilah sama-sama kita renungkan…

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 21% [?]