Aku bukan nak review atau nak memburukkan mana-mana pengeluar DSLR terkemuka didunia ini, cuma hendak luahkan pendapat dan isi hati. Adik aku ade bercerita mengenai seorang kawannya yang baru memiliki sebuah DSLR Nikon D70, dengan bangganya menceritakan tentang kelebihan yang dimiliki oleh kameranya berbanding dengan DSLR lain, terutamanya DSLR Sony.


FYI, Sony merupakan sebuah syarikat gergasi dunia yang mempunyai pelbagai jenis produk, yang terkenal antaranya, Televisyen, Sound System/Teather, PlayStation, Sony VIO, Sony Erricson dan banyak lagi. Antara produk terbaru Sony ialah kamera DSLR yang dinamakan Sony ? (alpha). Mungkin ramai yang masih tidak sedar, Sony ? sebenarnya adalah hasil daripada penyerahan tugas(pembelian) dari sebuah pengeluar kamera/DSLR, Minolta. Minolta mengeluarkan SLR dan DSLR sejak 1960. Sony juga bukan baru dalam DSLR, kerana Sony merupakan pengeluar Sensor bagi DSLR Nikon!
Bagaimana pula dengan lensa? Body Sony ? dibangunkan mengikut spesifikasi DSLR Minolta, membolehkan Sony ? menggunakan semua jenis lens DSLR Minolta. Sony juga kini turut mengeluarkan pelbagai jenis lensa untuk digunakan pada Sony ?. Pengeluar lensa terkenal didunia, Carl Zeiss juga turut bekerjasama dengan sony mengeluarkan lensa High-End kepada Sony ?.
Sony juga telah melancarkan DSLR Full Frame pertamanya pada penghujung 2008 iaitu ?900 yang cukup hangat diperkatanya. Dengan 24.5 megapixel dan Dual Bionz Sensor, Sony memperkenalkan produk ?900 dengan harga yang cukup berpatutan iaitu RM10k telah membuka mata pengguna-pengguna DSLR.
Bukan niat memburukkan pengguna Nikon, kini sedang hebat diperkatakan selain menggunakan sensor keluaran Sony, kebanyakkan DSLR Nikon adalah buatan Thailand atau China, kecuali bagi DLSR Nikon yang High-End. Manakala Canon dan Sony semua DSLRnya adalah buatan Jepun. Anda boleh lihat perdebatan ini dengan melayari mana-mana forum DSLR atau cari di Google.
Walaubagaimanapun, perkara yang paling penting ialah bakat dan skil penggunaan kamera DSLR dalam fotografi, dan bukanya hanya terletak kepada kamera semata-mata. Kamera hanyalah suatu alat yang membantu kita dalam seni fotografi. Tidak kira anda pengguna Sony ?, Nikon, Canon mahupun DSLR lain yang penting adalah keselesaan dan keserasian kita dengan kamera yang digunakan. Tidak ada gunanya jika kamera sahaja mahal dan canggih tetapi kita tidak reti menggunakannya. Marilah sama-sama kita renungkan…
Popularity: 19% [?]
19 comments
monot says:
January 14, 2009 at 1:07 pm (UTC 8)
eleh..kte punye camera lg canggih ler…
LUMIX lg tau..huhuhuh
tawfique says:
January 15, 2009 at 8:44 pm (UTC 8)
eleh olympus lg besh…
adlan says:
January 27, 2009 at 4:51 am (UTC 8)
keskeskes.. meh penggune nikon nak try backup
yes it is true that nikon’s lower range camera are being manufactured in thailand but that wont affect the quality of the camera itself
Nikon outsources these cameras for mass production hence increased their profits margin. That is added value + nothing to do with the quality of the cameras.
regarding the nikon sensor, the sensor is “designed” by nikon but sony executed the manufacturing bit. so basically it is still Nikon’s Sensor. Macam u designed ur custom album but asked someone else (company) to print out ur album for u. Do u claim ur custom album to be yours or that company?
hehes~ my 2 cents
nice shots btw
Eimiza Faisha says:
January 27, 2009 at 8:02 am (UTC 8)
hehe finally got attention from the otai nikon user.. ngeh ngeh2… aritu tulis post ni sebab geram sangat.. coz ade budak baru pengang kamera mahal sket dah bleh nak kutuk2 other manfacturer.. amik gambo pun dok pakai auto jer.. heheh
kalo dah otai cam my friend adlan ni takpe laa..
anyway thanx adlan for your comment
p/s: Mane lg pengguna nikon yg lain, takkan sorang jer
firdausFz says:
March 13, 2009 at 3:45 pm (UTC 8)
hi, nice blog. i guna kamera cikai ja harga 600
tapi hasilnya leh ushar kat
http://syahliyana.fotopages.com/
see u at tha top….!!
Eimiza Faisha says:
March 13, 2009 at 7:51 pm (UTC 8)
hehehe nice try bro firdausFz…. tau ko gune olympus kan? saje jer gurau ngn adik aku tawfique tu.. dia pakai olympus fe350 hehe… actually olympus pun bagus gak.. aku ade sorang kawan pakai olympus (husband bos aku).. pic-pic dia mmg best. http://www.flickr.com/photos/zairi
camera is not important, what more important is the person behind it!
FirdausFz says:
March 14, 2009 at 12:29 am (UTC 8)
ha ha thanks, ipoh area silibin
firdausFz says:
March 14, 2009 at 7:26 pm (UTC 8)
MILA DAH KAWIN…..???????????
DENGAN SIAPA……?????????
SIAPA LAKI DIA…..??????
KETAHUI JAWAPANNYA DI LAMAN RASMI RANGKAK FOTO DI
http://syahliyana.fotopages.com/
FIND OUT MORE IN MY FOTOPAGES….!!!!
firdausFz says:
March 16, 2009 at 3:14 am (UTC 8)
WOW….!!! THAT AMAIZING…..!!!!
GOOD ENOUGH….
(BASE COMPARISON FOR ENTRY LEVEL 10 MP DSLR)
http://www.cameralabs.com/features/10Megapixel_DSLR_test/page6.shtml
Eimiza Faisha says:
March 16, 2009 at 9:47 am (UTC 8)
hehe Sony a100 is a discontinued product already. a100 is not in the market anymore (its their 1st DSLR product), 10 MP entry level dslr should be compared by a200 or a300. Don’t forget to compare their price also! at your nearest shop
http://www.dpreview.com/reviews/compare_post.asp?method=sidebyside&cameras=canon_eos400d%2Cnikon_d80%2Csony_dslra300&show=all
p/s: don’t forget to see the detail about sensor on Nikon D80, and Sony a300. Its looks interesting to me
firdausFz says:
March 18, 2009 at 11:59 pm (UTC 8)
he he ok, nice. sy ada satu soalan nak tanya u ni laki ker perempuan? sebab bahasa dengan saya panggil bro, mmmm…..???
Eimiza Faisha says:
March 20, 2009 at 11:45 am (UTC 8)
hehe my name is like a gurl name, but im am a man!
faizulamin says:
January 7, 2010 at 3:02 am (UTC 8)
rasa macam nak amik sony a500 series satu la! pastu dgn lens 16-105! fuhh cool!
it just perfect!
Eimiza Faisha says:
January 12, 2010 at 1:24 am (UTC 8)
yezza serius tak nyesal punye.. dia dah upgrade noise control yang dulu menjadi kelemahan sony punya DSLR, bump iso sampai 64000 pun takde hal lagi..
glance alpha says:
January 12, 2010 at 7:47 am (UTC 8)
Buying a Nikon doesn’t make you a photographer. It makes you a Nikon owner. Ini jer yang aku perlu katakan..
nisa says:
March 30, 2011 at 2:45 pm (UTC 8)
hurmmmmm statement yg paling bwh tue jak nisa setuju…ehehheeh guna camera pa pun tdk pa yg penting kena ada hati dan perasaan d camera tuh ^_^
Eimiza Faisha says:
April 26, 2011 at 9:34 am (UTC 8)
Yup betul tu nisa, thanks for comment
Eimiza Faisha says:
January 15, 2009 at 8:37 am (UTC 8)
hehehe… yele tue..
Eimiza Faisha says:
January 16, 2009 at 2:57 pm (UTC 8)
hehehe sori yek.. olympus tak masuk dlm senarai.. hikhikhik