
Aku cuma hendak membuat pengumuman rasmi berkenaan theme terbaru eimiza.com walaupun theme ini telah pun siap dah digunapakai minggu lepas. Huhu. Selepas post ini aku akan mula merojaking blog aku terdapat permintaan supaya blog aku ini menggunakan bahasa melayu.. Anyway if any surfers out there request for translating my content to English, please tell me.. I would be greatfull to translate my content to you. (Eceh.. konon macam ada jer orang dari overseas nak tengok blog cabuk aku ni)

Aku juga tengah menyiapkan online gallery aku sendiri selepas tension dengan flickr yang kedekut dan picasa yang hodoh.. hahaha.. sila layari online gallery aku (yang tak siap lagi) di http://www.eimiza.com/gallery.
Aku juga dalam perancangan untuk memperkembangankan lagi bisnes online aku di eimiza.com. Mungkin dalam masa terdekat ini aku akan memperkenalkan pakej lengkap laman web(joomla), blog(wordpress) atau online gallery(pixelpost). Pakej ini merangkumi webhosting + installation + designing, siap untuk digunakan.
Satu lagi cadangan ialah designing flash content, penyediaan montaj, intro laman web, persembahan produk dan lain-lain lagi, ianya sesuai untuk syarikat koperat, pelajar, mahupun kegunaan peribadi.
Dan cadang terakhir, ialah penjualan ebook berkenaan pembinaan laman web dinamik, dan penggunaan Adobe Flash. Mungkin cadangan ini akan mengambil masa untuk dikaji dan disiapkan bagi menghasilkan ebook yang benar-benar ummphh..
Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan!
Popularity: 1% [?]
Comments
Powered by Facebook Comments