
Semalam battery grip yang aku order telah pun sampai. Aku beli secara online di kedai DigitalMania melalui http://www.lelong.com.my. Aku bayar pada 4hb Febuari 2009, dan dapat barang pada 10hb Februari, boleh kira cepat gaks kerana mengambil kira cuti umum. Walaubagaimanapun aku tak berpuas hati dengan PosLaju courier kerana bungkusan aku terkemek sedikit ke dalam pada bahagian bucunya (mungkin dicampak atau ditindihkan), nasib baik battery grip ini bukan barangan jenis fragile. Cuba bayangkan kalau yang dihantar oleh PosLaju adalah barang fragile seperti lens dan sebagainya? That’s why jika kita nak hantar barang lebih selamat menggunakan khidmat courier lain seperti, Citylink, Skynet, or Kangaroo.
Apa itu battery grip (bagi bukan pengguna DSLR)? Battery grip ialah aksesori kamera DSLR yang disambungkan pada soket bateri kamera DSLR bagi memudahkan pengguna memegang kamera dengan lebih stabil untuk mengambil gambar secara menegak/potrait. Disamping itu juga battery grip juga membenarkan pengguna memuatkan 2 bateri sekaligus. Bateri tidak digunakan kedua-duanya secara serentak tetapi menggunakan bateri pertama terlebih dahulu dan menukarnya secara automatic kepada bateri backup apabila telah habis. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa pengguna untuk menukar bateri. Hanya battery grip original Sony yang boleh menukar secara automatic bateri backup apabila bateri pertama telah habis.


Octopus VG-B30AM battery grip adalah produk 3rd party yang mana telah disalin dari produk original keluaran Sony. Secara kasar, battery grip keluaran Octopus ini hampir 100% sama dengan yang original. Perbezaan ketaranya adalah tiada logo Sony Alpha dan butang shutter yang agak berlainan. Kesemua butang berfungsi sama seperti yang asli, cuma suis On-Off agak ketat dan sukar digunakan (it’s only small matter for me – bukan selalu nak tutup pun). Tetapi meterial yang digunakan adalah berlainan, walaupun tidak terlalu kelihatan (kerana warnanya sama), anda boleh rasakan perbezaannya dengan memegang battery grip ini dan hand grip pada kamera. Battery grip Octopus berasa sedikit kurang selesa kerana terasa sedikit suam/warm apabila memegangnya (small matter for me also!). Battery grip Octopus juga tidak menukar ke bateri backup secara automatik apabila bateri pertama telah habis. Anda perlu menukarnya secara manual!
Secara kesimpulannya, battery grip adalah OK kerana mempunyai 100% 70% fungsi yang sama dengan produk original. Tetapi masih terdapat sedikit perbezaan pada keselesaannya (mungkin kerana kualiti meterial yang digunakan). Namun harga yang diberikan adalah berpatutan kerana battery grip ini turut disertakan battery octopus yang bernilai RM80.00. Jadi jumlah harga sebenar ialah RM320.00-RM80.00=RM240 berbanding harga battery grip Sony original RM750.00 (RM550.00 street market).
p/s: Aku terpaksa repost sebab baru jumpa kelemahan dia semalam(13 Feb 2009) masa TT alphanatics.. Huhu sorry ya!
Popularity: 22% [?]
19 comments
ixorafieza says:
February 11, 2009 at 11:49 am (UTC 8)
wah..dh tambah aksesori baru…nper tak bgtau nk beli???
ok tak Octopus VG-B30AM battery grip tue…he he…
Eimiza Faisha says:
February 11, 2009 at 3:00 pm (UTC 8)
hehe takde lah.. ingatkan dah tau dah.. hehehe.. orite jer 3rd party punya so murah la sket
pikapika says:
February 11, 2009 at 5:33 pm (UTC 8)
Hi eimiza, nak tanya bateri grip tu ade goyang2 tak bila disambung ke kamera?
tawfique says:
February 12, 2009 at 1:56 pm (UTC 8)
waahh… batteri grip nih bleh tngkp gmbr menegak la erk…. sng pegang… ingat kn pe bnda lah yg ada shutter speed kt bwh….
Eimiza Faisha says:
February 12, 2009 at 2:55 pm (UTC 8)
yup.. memang senang nak amik gambo menegak.. tak sakit tangan dan kamera tak goyang.. huhu
izza the PINKERTON says:
February 12, 2009 at 4:33 pm (UTC 8)
kakak, thanks for visiting my bloggy.
ur blog is a.w.e.s.o.m.e!
Uncle G says:
February 12, 2009 at 9:30 pm (UTC 8)
pakcik pon ingat nak beli bateri grip 2th party gak… ermm bateri yang 1 lagi tuh camne? kualiti dia sama macam sony ke?
p/s: pakcik pon ingat nak order dah nie
AnakMinang says:
February 20, 2009 at 2:40 am (UTC 8)
ermmm…ni yg bertambah geram ngan grip ni..
kalau ikut penerangan dari ws kat lelong tu…Auto switching to backup battery for uninterrupted shooting…tapi kene tukar manual gak eh….
nak beli ori rm500 plak….ni yg pening ni
Eimiza Faisha says:
February 20, 2009 at 11:18 am (UTC 8)
biasa la tu… aku pun beli sebab tu laa.. aku tnya kat digital mania(lelong) diorg tak reply2 smpi hari ni tak jawab-jawab huhuhu… nnt la aku free aku call tnye diorg naper..
AnakMinang says:
February 20, 2009 at 12:48 pm (UTC 8)
aku dah booking dah benda ni…tapi bila terbaca kat blog ko ni bro buatkan aku tangguh n trus lupe…so durang pun dah kenselkan hiihihihi….
takper minggu depan aku nak turun kl so baik aku g usha dulu kedai durang ni….tapi ade yg lagi murah la bro…rm260 jer kat lelong gak….dapat bateri free gak
Eimiza Faisha says:
February 21, 2009 at 10:38 pm (UTC 8)
kalo dah de can nak g KL.. so better bawak kamera, test dulu.. kalo dah puas hati baru angkat…
Aku pun lain kali akan lebih hati-hati dengan 3rd party punya produk… hehe cian kat digitalmania(lelong) mesti tak laku dia punye 3rd party grip ni kalo org baca review aku ni… tapi nak wat camner.. aku just sampaikan apa yang betul berlaku supaya tak kena pada org lain…
hehe anyway, good luck on your buying AnakMinang, thanx for visiting my blog
AnakMinang says:
February 22, 2009 at 2:34 pm (UTC 8)
elok gak ko sampey kan bro…kalu tak nanti takder info payah…rugi jer beli nanti…
kene tgk bajet gak ni….ikut poket sambar yg murah jer…
dah dapat ke jawapan pasal power changing tu….
Eimiza Faisha says:
February 27, 2009 at 3:34 pm (UTC 8)
bro tak sempat la.. minggu ni bz gila.. baru ni ade dak alphanatics kasi tau aku.. reger dia dah turun kepada RM260..
meon says:
March 27, 2010 at 10:06 am (UTC 8)
nak ty bttry grip ni blh xmsk dkt sony a230??
Eimiza Faisha says:
March 27, 2010 at 4:05 pm (UTC 8)
so sorry bro, itu lah problem dengan model a230, a330 a380, memang takde connector untuk pasang grip tambahan.. so model ni memang tak bleh pasang grip.. at least kene pakai a550 baru bleh pakai battery grip.. marketing strategy sony kot, nak suh org beli at least a550.. tp seriusly ko upgrade ke a550 mmg tak nyesal punye, tak pun tunggu hujung tahun ni sony kuar Full-HD dslr..
Eimiza Faisha says:
February 11, 2009 at 5:55 pm (UTC 8)
hi pikapika battery grip tu mmg fix ngn kamera a200, a300, dan a350. Setakat yang saya pakai sehingga hari ini, battery grip tu memang lekat elok jer kat kamera.
Eimiza Faisha says:
February 13, 2009 at 9:43 am (UTC 8)
ha a terlupa plak nak cerita pasal free battery tu.. Aku rase battery tu macam kureng sikit sebab dia power indication kat kamera aku berubah-ubah bila pakai battery tu. Kejap 50%, kejap 60% tapi masih berguna juga untuk battery spare kalau terdesak. Kalo tak nak pakai kasi jual la hehe RM50 boleh dapat rasenye.
Ameyl says:
March 21, 2012 at 1:49 pm (UTC 8)
fit kat sony a290 x??
Eimiza Faisha says:
April 6, 2012 at 10:48 am (UTC 8)
tak fit sebab a290 memang tak di design untuk guna battery grip @ tiada pin untuk connector ke battery grip.