«

»

Perkhidmatan Sistem Telefon (TM Centrex) di UPSI

Sistem komunikasi pejabat atau dikenali sebagai TM Centrex (Centralise Exchange Services) telah digunapakai oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekian lama.  Kebiasaanya setiap staf di bekalkan dengan satu nombor ext. Dan cuma menggunakan nombor berkenaan untuk menghubungi staf-staf lain didalam rangkaian TM Centrex, UPSI. Namun masih ramai yang tidak masih banyak lagi fungsi-fungsi TM Centrex yang jarang digunakan oleh staf UPSI antaranya ialah:-

Menjawab panggilan telefon lain dalam kawasan anda.
Anda berada dalam pejabat seorang diri, tiba-tiba telefon rakan anda berbunyi. Jadi anda tidak perlulah bangun pergi ke meja rakan anda untuk menjawab panggilan berkenaan. Untuk menjawab panggilan berkenaan anda cuma perlu
tekan: **

Memindahkan panggilan telefon
Anda mendapat panggilan telefon dan ia bukannya panggilan untuk anda, sebaliknya untuk rakan anda. Jadi anda tidak perlulah menyerahkan telefon anda kepada rakan anda atau menjerit, “SYEEDDD TELEEFOOOON” dan rakan anda bergegas ke tempat anda. Untuk memindahkan panggilan telefon berkenaan anda cuma perlu
tekan letak gangang sekali angkat dengan cepat, dan tekan no ext rakan anda

Meninggalkan pesanan suara
Anda membuat panggilan kepada seseorang, tetapi panggilan anda tidak dijawab. Anda boleh meninggalkan pesanan suara kepada orang berkenaan dengan cara
menunggu sehingga bunyi dailing tamat, tekan 1, dengar bunyi beep, tinggalkan pesanan, dan letakkan gangang telefon anda.

Mendengar pesanan suara
Tak gunalah kalo ada pesanan suara jika tak boleh dengar semula pesanan berkenaan. Anda boleh mendengar pesanan suara yang anda terima dengan cara
tekan 6888, dengar arahan untuk masukkan no pin, no pin anda adalah no ext anda, dan tekan 1 untuk dengar pesanan suara.

Aku sekadar berkongsi apa yang aku tahu untuk maklumat lanjut berkenaan dengan TM Centrex UPSI sila hubungi JPPHB UPSI, ext 6114.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 14% [?]

Comments

Powered by Facebook Comments

3 comments

  1. moony says:

    waa..bagus2 dh cube menjadu la

  2. fara says:

    Wahhh.. bagusnye.. tp untuk item 1 tu unt talian 6001 – 6299 x dpt digunakan krn ia masih guna sistem lama. dlm proses nak ganti baru..

    Jadi mana2 pejabat yg ingin menggunakan program item 1 tu blh la hubungi unit kami di 6114 untuk memprogram nombor2 pejabat yg ingin dibuat sebagai Call Pickup Group.

  3. Eimiza Faisha says:

    hehe kongsikan dgn kawan-kawan lain

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>