photography . studio . art
TT Breakfast Alpha Kluang Station

TT kali ini aku terlewat, janji pukul 8.30 pagi, pukul 9.30 baru bangun. Letih sikit sebab baru sampai dari Tanjong Malim pukul 4.30 pagi tadi. Akhirnya aku berjaya sampai ke Kluang Station, Bandar Ipoh Raya pukul 10.30 pagi. haha

Memandangkan aku sampai lewat, jadi aku dah termiss sesi perbincangan aktiviti-aktiviti yang nak dijalankan oleh Perak Alpha. Berdasarkan apa yang telah dibincangkan inilah aktiviti yang akan dijalankan nnt:-
- Lawatan Rumah Anak Yatim (kicaps)
- TT & Outting Limau Bali (noshfx)
- Lawatan Zoo Taiping 20.4.2009 (juraimi)
- Lawatan ke kuala sepetang
- Domain & hosting blogspot Perak Alpha (maxcma)
- Baju Perak Alpha, bajet harga rm25-70 (pixelbleed)

TT kali ini aku berpeluang mencuba lens “the Lagendery Beercan” Minolta 70-210 F4 milik meor. Boleh tahan gak lens ni. Kalau aku memang takde 55-200, mungkin lens ni akan masuk dalam wishlist aku. huhu
Terima kasih kepada bro nizar2000 kerana telah mengajar aku cara nak bersihkan sensor kamera aku. Dah bersih dah sensor aku, macam baru pulak rasenye.
Terima kasih lagi sekali kepada bro nizar2000 kerana telah bermurah hati untuk sponsor makan pagi kali ini. Next time kita tunggu azam pula belanja meraikan kelahiran cahaya mata pertamanya. hehehe
Popularity: 7% [?]
| Print article | This entry was posted by Eimiza Faisha on March 29, 2009 at 4:38 am, and is filed under Events & Activities. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |



about 1 year ago
Comment dah ok dah. Aku punya spam protector makan blog aku balik.. hampes betul