«

»

Memory Lane @ Loken, Ipoh Perak

Bersedia untuk mengembara ke masa silam

Outting Perak Alpha kali adalah tentang photojournalism. Tapi aku rasa aku punya dah lari konsep, biasa la 1st time takkan terus jadi expert pula kan? Walaupun aku pernah pergi tempat ini beberapa kali, tapi kali baru la aku betul-betul hayati apa yang ada kat Loken ni.

Apa tu loken? Aku pun kurang pasti nama loken ni datang dari mana, tapi yang aku tahu loken ni adalah pasar karat yang menjual pelbagai barang-barang lama dan antik. Dahulu loken ni terletak kat tepi sungai kinta, yang sekarang ni dah jadi Nashmir Nasi Kandar. Tetapi dengan kerjasama Dewan Bandaraya Ipoh dan peniaga-peniaga loken, tapak ini telah dipindahkan di Jalan Horley, Ipoh. Loken kini dijenamakan semula sebagai Memory Lane, walaubagaimanapun bagi penduduk-penduduk setempat, nama loken masih lagi menjadi sebutan.

Peak Hour!

Pasar Karat ini dibuka setiap ahad seawal 7 Pagi – 3 Petang. Selain daripada barang-barangan antik, barang-barang dari Negara China, kasut cetak rompak, handset, ubat-ubatan, barang permainan, pakaian terpakai, dan baju jersey cetak rompak. VCD cetak rompak dan barang-barang curi pun ada. Harga boleh ditawar, dan anda tidak perlu takut untuk bertanya harga dengan peniaga, kerana peniaga-peniaga disini tidak akan memaksa anda beli barangan berkenaan seperti di Chow Kit Road.

Mr lim berminat terhadap barang lama sejak dari kecil lagi. Beliau meneruskan tradisi perniagaan keluarganya sejak dahulu hingga sekarang.

Menurut penjual barang ini, radio ini masih boleh berfungsi dengan baik walau pun telah berusia.

Yashica merupakan brand kamera DSLR yang pernah digunakan oleh abah aku suatu ketika dulu

Antara jenama terkenal dari dulu sampai sekarang masih terkenal.

Katanya kerani JWW Birch pernah gunakan mesin taip ini. Tapi siapa yang tahu.

Tak tahu la antik ke tak barang ni. haha

Batu Dacing

Tin rokok ini semakin dicari oleh perokok-perokok memandangkan kotak-kotak rokok sekarang mempunyai gambar yang horror.

Lambang kepahlawanan melayu

Berkelah di tepi loken setelah kepenatan

Lebih kurang pukul 1.30petang barulah aku dengan geng Alpha Perak selesai, dan bersurai. Outting kali ni aku rasa puas sikit sebab outting sebelum ni aku pakai lens pinjam jer. Hehe thanx n congrat to geng Alpha kerana aku berpeluang belajar mengenai photojournalism!

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 64% [?]

Comments

Powered by Facebook Comments

8 comments

  1. azamnecrone says:

    mana gmbo shashinki bro?

  2. joelaily says:

    ramai gak geng² alpha ni ye…
    cantik² gambo hg ni…

    waQ pon nah guna sony ke??

  3. Eimiza Faisha says:

    azamnecrone: gambo shashinki? tak sempat amik la bro, anak aku tido, maleh nak kuar.. lagi pun duit dah sengkek..

    joelaily: bleh tahan gak ramainye.. ni baru suku rasenye.. waQ pakai Nikon dia dtg ngn pixelbleed aritu.

  4. Haji Musa says:

    Pembetulan: Barang yang anda anggap loceng itu sebenarnya adalah batu dacing, batu pengimbang digunakan bersama kayu penimbang kati atau pikul yang digunakan sehingga sekitar 70an sebelum diganti alat penimbang yang ada sekarang

  5. Haji Musa says:

    4.

    Pembetulan: Barang yang anda anggap loceng itu sebenarnya adalah batu dacing, batu pengimbang digunakan bersama kayu penimbang kati atau pikul yang digunakan sehingga sekitar 70an sebelum diganti alat penimbang yang ada sekarang. Kalau ada masa senang senangkan kerumah

  6. Eimiza Faisha says:

    terima kasih Haji Musa, telah diubah.. rumah kat mane?

  7. Haji Musa says:

    Terima kasih kerana respond. Rumah dekat bulatan labu sayung Selibin, Bila2 masa call aje hp saya 019-5556678. Kalau minat tangkap gambar memang banyak bahan di rumah.

  8. O says:

    wah ada alat muzik?rabak ni

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>