khacamata

photography . studio . art

You are currently browsing the archives for May, 2009.

Akmal dan Adib, akan datang

Nantikan kemunculannya..

Popularity: 10% [?]

Posted 9 months, 3 weeks ago at 9:54 am.

4 comments

Protected: Rupa penipu jual Flickr Pro gift kat aku

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Popularity: 18% [?]

Posted 9 months, 3 weeks ago at 12:26 pm.

2 comments

Penipuan akaun Flickr pro (Flickr Pro Gift)

Mula-mula aku segan nak publish post ni, sebab inilah pertama kalinya aku ditipu di internet, atau istilahnya scam! Tapi untuk elakkan perkara ini berlaku kat kengkawan yang lain aku publishkan.

Apa itu Flickr Pro Gift?
Akaun Flickr Pro sebenarnya perlu dibeli dari Flickr yang berharga USD24 setahun. Harganya terlalu mahal kerana mececah ratusan ringgit di Malaysia. Walaubagaimana pun flickr menyediakan perkhimatan Flickr Pro Gift, dengan tujuan agar sesiapa boleh memberi hadiah(sponsor) seseorang akaun Flickr Pro.  So aku ade mendengar khabar angin yang ada orang menjual Flickr Pro Gift dengan harga yang murah. Aku sempat pakai beberapa bulan, sebelum akaun ini di tarik balik.

Step macam mana kes ini berlaku:
1. Aku surf internet untuk dapat maklumat mengenai penjualan Flickr Pro Gift
2. Aku jumpa post [WTS]Flickr Pro Gift Code ( 1 & 2 Years ) dalam forum photokaki
3. Aku email

Popularity: 21% [?]

Posted 9 months, 3 weeks ago at 3:10 pm.

9 comments

Matahari terbenam di Batu Gajah

Aku baru balik dari Tanjong Malim nak ke Batu Gajah, dalam perjalanan sebelum sampai ke pekan Batu Gajah, kebetulan matahari tengah nak terbenam. So aku berhenti tepi jalan sebelum sampai simpang empat Clear Water Golf, Resort, capai a300 aku, seting sket pastu terus shoot. Tak boleh tunggu lama-lama, sebab sunset biasanya sekejap jer.

Popularity: 11% [?]

Posted 9 months, 4 weeks ago at 8:28 pm.

11 comments

Perak Alpha Legion

berdiri dari kiri:
ranceed, topaz_jr, killabee, juraimi, hafizwira, noshfx, alphamali, amd_hardcore, firdaus, yuslers

duduk di hadapan:
kicaps, sinnerbuyer, pixelbleed, azamnecrone, nizar2000, shagon, maxcma, syadib

Perak Alpha Legion, merupakan satu-satunya Komuniti Pengguna Sony Alpha di Perak. Perak Alpha Legion mempunyai lebih dari 40 orang ahli yang berpusat di ipoh (kerana kebanyakkanya merupakan pengguna Sony Alpha di Ipoh) walaubagaimanapun kami mempunyai ahli di serata pelusuk perak, bahkan turut serta di luar Perak!. Walaubagaimanapun ahli-ahli yang diluar Perak kebanyakkan bekerja di luar perak tetapi kampung di perak, ada kampung bini di Perak, dan macam-macam lah. Tapi yang paling penting ialah kami semua adalah pengguna sony alpha!

Tujuan komuniti ini ditubuhkan adalah untuk mengumpulkan pengguna-pengguna Sony Alpha agar dapat bersama-sama berkenalan, berkongsi ilmu dan pengalaman dalam Fotografi. Dalam komuniti ini, tidak kira baru, lama, otai atau baru belajar, semuanya adalah sama! Bagi yang baru berjinak-jinak dengan DSLR Sony Alpha, ini adalah tempat anda belajar dan menuntut ilmu dengan konsep belajar dengan kawan-kawan.

Pelbagai aktiviti akan dijalankan setiap kali gathering, DIY, testing pelbagai jenis lens dan aksesori, belajar setting kamera, teknik, komposisi gambar, lighting, maklumat harga lens dan aksesori dan macam-macam lagi laa. Semuanya secara percuma! Penganjuran outting bersama di sekitar Ipoh juga sering dilakukan.

Tahniah dan terima kasih kepada Perak Alpha Legion!

p/s: Dalam gambar tu sebahagian jer, ramai lagi yang tak dapat datang.. (pic by: Ranceed)

http://www.alphanatics.com ->Komuniti Pengguna Sony Alpha Malaysia
http://www.perakalphalegion.com -> Laman web rasmi Perak Alpha Legion
http://www.flickr.com/groups/palphalegion/ -> Flickr Group, Perak Alpha Legion

Popularity: 10% [?]

Posted 10 months ago at 4:23 pm.

Add a comment