
Mula-mula aku segan nak publish post ni, sebab inilah pertama kalinya aku ditipu di internet, atau istilahnya scam! Tapi untuk elakkan perkara ini berlaku kat kengkawan yang lain aku publishkan.
Apa itu Flickr Pro Gift?
Akaun Flickr Pro sebenarnya perlu dibeli dari Flickr yang berharga USD24 setahun. Harganya terlalu mahal kerana mececah ratusan ringgit di Malaysia. Walaubagaimana pun flickr menyediakan perkhimatan Flickr Pro Gift, dengan tujuan agar sesiapa boleh memberi hadiah(sponsor) seseorang akaun Flickr Pro. So aku ade mendengar khabar angin yang ada orang menjual Flickr Pro Gift dengan harga yang murah. Aku sempat pakai beberapa bulan, sebelum akaun ini di tarik balik.
Step macam mana kes ini berlaku:
1. Aku surf internet untuk dapat maklumat mengenai penjualan Flickr Pro Gift
2. Aku jumpa post [WTS]Flickr Pro Gift Code ( 1 & 2 Years ) dalam forum photokaki
3. Aku email sh00t3r84 (Aku tak tahu maklumat dirinya) untuk membeli Flickr Pro Gift berkenaan
4. sh00t3r84 suruh aku beli reload celcom mengikut harga yang ditawarkan dan hantar code kepadanya
5. Aku beli reload celcom dan hantar code kepada sh00t3r84 melalui email
6. Aku menerima Flickr Pro Gift dan berjaya mengaktifkannya
7. Aku menggunakan akaun Flickr Pro beberapa bulan sebelum flickr menarik balik akaun aku.
Nasihat aku kepada kawan-kawan:
1. Jangan beli sesuatu barang, sekiranya kita tidak mempunyai maklumat lansung dari si penjual
2. Gunakan kaedah pembayaran yang lebih selamat seperti bank-in kerana kita dapat kenal si penjual melalui no akaunnya
3. Sekiranya anda mendapat nama dan no akaun penjual search nama penjual berkenaan di google bagi melihat sekiranya nama itu telah diblacklisted
3. Beli Flickr Pro secara sah iaitu beli dari Flickr sendiri
4. Gunakan Flickr biasa sahaja, pastikan anda kecilkan saiz gambar terlebih dahulu sebelum upload
Aku harap kawan-kawan dapat sama-sama belajar dari apa yang telah aku alami. Semoga ianya tidak berlaku dikalangan anda pula. Aku mohon maaf kerana buat masa ini tidak dapat nak publishkan gambar-gambar terbaru kerana Flickr “biasa” aku dah limited. [sob sob] Harap-harap ada yang bersimpati nak hadiahkan Flickr Gift Pro kat aku..

Popularity: 7% [?]
9 comments
Luth Textile says:
May 26, 2009 at 8:04 pm (UTC 8)
erm, tq for info..
nice blog.. jom exchange link.. ;;) salam kenal
pepperlok@sinnerbuyer says:
May 26, 2009 at 9:51 pm (UTC 8)
gune photobucket pn best gak.. sy jarang pkai flickr, sbb xde pic2 yg best..
Eimiza Faisha says:
May 27, 2009 at 10:11 am (UTC 8)
luth, thanks page exchange link masih dlm proses lg.. nnt kalau dah siap aku add ur blog link.
sinnerbuyer, photobucket yek? bleh la juga kot.. nnt la aku try thanx bro
syawal says:
May 27, 2009 at 10:35 am (UTC 8)
Terima kasih info hang tu..
Eimiza Faisha says:
May 27, 2009 at 11:01 am (UTC 8)
yup no prob kicaps.. sama-sama amik iktibar.. sedey aku [sob sob]
Mir says:
May 29, 2009 at 6:19 am (UTC 8)
Apa password untuk baca posting muka scammer Flicker tu bro…? Tetiba kena masuk password lak..
Eimiza Faisha says:
May 29, 2009 at 8:19 am (UTC 8)
aku dah send password kat ko..
takpe aku pun sebenarnye tanak panjang2 pun citer ni, aku tgk rupe dak tu pun macam baik jer.. cukup la sekadar aku tau siapa dia orangnya..
Uncle G says:
June 1, 2009 at 1:06 am (UTC 8)
pakcik pon ingat nak beli pro akaun akhir taun nie.. sekali nak renew hosting.. senang nanti
Eimiza Faisha says:
June 1, 2009 at 7:10 pm (UTC 8)
hehe pakcik pastikan anda beli yg original