berdiri dari kiri:
ranceed, topaz_jr, killabee, juraimi, hafizwira, noshfx, alphamali, amd_hardcore, firdaus, yuslers

duduk di hadapan:
kicaps, sinnerbuyer, pixelbleed, azamnecrone, nizar2000, shagon, maxcma, syadib

Perak Alpha Legion, merupakan satu-satunya Komuniti Pengguna Sony Alpha di Perak. Perak Alpha Legion mempunyai lebih dari 40 orang ahli yang berpusat di ipoh (kerana kebanyakkanya merupakan pengguna Sony Alpha di Ipoh) walaubagaimanapun kami mempunyai ahli di serata pelusuk perak, bahkan turut serta di luar Perak!. Walaubagaimanapun ahli-ahli yang diluar Perak kebanyakkan bekerja di luar perak tetapi kampung di perak, ada kampung bini di Perak, dan macam-macam lah. Tapi yang paling penting ialah kami semua adalah pengguna sony alpha!

Tujuan komuniti ini ditubuhkan adalah untuk mengumpulkan pengguna-pengguna Sony Alpha agar dapat bersama-sama berkenalan, berkongsi ilmu dan pengalaman dalam Fotografi. Dalam komuniti ini, tidak kira baru, lama, otai atau baru belajar, semuanya adalah sama! Bagi yang baru berjinak-jinak dengan DSLR Sony Alpha, ini adalah tempat anda belajar dan menuntut ilmu dengan konsep belajar dengan kawan-kawan.

Pelbagai aktiviti akan dijalankan setiap kali gathering, DIY, testing pelbagai jenis lens dan aksesori, belajar setting kamera, teknik, komposisi gambar, lighting, maklumat harga lens dan aksesori dan macam-macam lagi laa. Semuanya secara percuma! Penganjuran outting bersama di sekitar Ipoh juga sering dilakukan.

Tahniah dan terima kasih kepada Perak Alpha Legion!

p/s: Dalam gambar tu sebahagian jer, ramai lagi yang tak dapat datang.. (pic by: Ranceed)

http://www.alphanatics.com ->Komuniti Pengguna Sony Alpha Malaysia
http://www.perakalphalegion.com -> Laman web rasmi Perak Alpha Legion
http://www.flickr.com/groups/palphalegion/ -> Flickr Group, Perak Alpha Legion

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 10% [?]