khacamata

photography . studio . art

You are currently browsing the archives for July, 2009.

Serangan H1N1 di UPSI

Semalam beberapa orang pelajar UPSI telah mengalami sintom-sintom H1N1. Bermula pagi tadi, pelajar-pelajar UPSI telah mula bercuti dan dilarang daripada memasuki kampus. Pelajar-pelajar yang telah disahkan dijangkiti pula telah dirujuk kepada Hospital Slim River. Pusat kesihatan UPSI telah mengambil inisiatif membekalkan penutup muka untuk kegunaan staf yang bekerja pada hari ini. Kira-kira pukul 4 tadi Azrie dari BHKA (Cable ICT di BHKA, UPSI hehehe), telah memberitahu bahawa kampus akan ditutup sepenuhnya sehingga 5 Ogos 2009. Jadi semua staf boleh bercuti!!!!

Popularity: 18% [?]

Posted 7 months, 3 weeks ago at 12:00 pm.

Add a comment

Mini F1


Kebetulan jiran sebelah meja opis aku, kak Iela ni minat mengumpul model-model kereta ni. Dia memang letak kat atas meja dia koleksi kereta mainan ni. Ntah macam mana satu keretanya (model F1 Ferrari) hilang masa dia cuti lama hari tu. So dia pun simpan ler dalam almari sampai sekarang. Pastu minggu lepas dia bwk keluar dari almari, then dia nak bawak balik rumah so aku amik kesempatan la shot beberapa keping. Ini lah hasilnya…

p/s: Kepada sesiapa yang terambil/terpinjam/tercuri kak iela punya model kereta F1 (Ferrari) sila pulangkan!!

Popularity: 23% [?]

Posted 7 months, 3 weeks ago at 11:59 am.

Add a comment

Asam Pedas Mak Ngah, Parit Jawa

Minggu lepas aku pergi Johor lagi. Tapi kali ini bukan tujuan utama aku untuk jumpa wife aku, aku ke Johor bersama-sama bos aku untuk menghadiri jemputan Hari ICT, UTHM 2009. Hari ICT UTHM tu memang grand la so tak perlu nak diceritakan lagi. Selain berkesempatan jumpa wife aku, aku pun sempat juga sampai kat Asam Pedas Mak Ngah kat Parit Jawa Pernah keluar TV9 katanya.. aku pun tak tau sebab jarang tengok TV9.

Sampai kat gerai asam pedas ni, cuma tinggal ikan merah jer, sepatutnya macam-macam ikan ada. Walaupun telah kekenyangan makan kat UTHM (Nasi beryani gam batu pahat) tapi makan tetap makan, bukan selalu dapat peluang datang sini.

Rasa ikan kat sini memang manis dan fresh sebab kat sebelah gerai asam pedas ni adalah jeti nelayan, So ikan-ikan kat sini memang lepas naik dari laut terus masak jer.

Fuhh clear abis. Dalam banyak-banyak tempat asam pedas kat Batu Pahat ini. Gerai ini memang merupakan gerai best of the best. Memang patut keluar TV pun. So kalo sesiapa yang berkesempatan melalui kawasan Parit Jawa ini untuk ke Batu Pahat melalui muar, jangan lupa untuk singgah. Rugi ooo kalo tak singgah..

GPS location: +1° 57? 2.71?, +102° 38? 10.03?

Saje nak off topic sikit. Ni 1st time aku dapat tengok batu pahat dari bangunan tertinggi kat Batu Pahat, iaitu Hotel Katerina.

Ok itu jer buat masa ini. terima kasih kerana membaca! :D

Popularity: 34% [?]

Posted 7 months, 3 weeks ago at 11:57 am.

2 comments

Kursus Kenegaraan, Biro Tatanegara BTN

Walaupun dah agak lama aku telah menghadiri kursus ini, tapi walaubagaimanapun  aku tetap akan terbitkan post komen aku mengenai Program BTN ini. Mungkin satu hari nanti ianya berguna bagi para anggota kakitangan awam yang akan menghadiri kursus ini kelak.

Kursus Kenegaraan atau lebih dikenali sebagai kursus BTN. Kursus ini diwujudkan bertujuan untuk mememupuk semangat cintakan negara. Mungkin ramai yang berasa tertekan apabila dikehendaki menghadiri kursus 5 hari ini. Diharap artikel ini akan mengurangkan tekanan anda dalam menjalani kursus BTN

Barang-barang semasa di Kursus BTN

Telefon
Anda dikehendaki menyerahkan telefon, so pastikan anda bawa 2 telefon (Satu telefon buruk-buruk kasi kat diorang, satu lagi simpan kat bilik). Rasionalnya, ini zaman IT, bukan zaman batu lagi. Walaubagaimana pun dari apa yang aku dengar kalau kat Kem, lansung takde line telefon.

Coklat atau gula-gula
Sesi ceramah memang tak disediakan gula-gula. So prepair bawak gula-gula, sebab takut masa penceramah bosan korang dok terhangguk-hangguk.

Pakaian
Bawa baju kemeja putih lengan pendek, tak perlu bawak banyak-banyak pun bukan orang tau tu baju semalam tak basuh pun. Semua orang warna sama jer.

Tak perlu bawa baju kemeja warna lain, memang korang takkan pakai punya. Bawak pakaian untuk solat, baju Melayu.

Pakaian sukan, seluar trek, kasut sukan dan stokin memang perlu sebab tiap-tiap pagi dan petang akan ada sesi outdoor.

Seterika
Amat perlu kerana nanti mesti korang berebut nak guna seterika, sebab malu pakai baju putih berkedut.

Laptop & Kamera
Laptop memang jangan bawa. Takda asignment yang akan kena buat dan memang takda masa nak buka laptop lansung. Kamera tidak dibenarkan dibawa semasa kursus sedang berjalan. Tapi nak amik masa nak balik nanti perlu juga la.

Aktiviti-aktiviti semasa kursus BTN

Aktiviti Ceramah
Ceramah ni kalo dapat penceramah yang sempoi memang best lar. Kalo nasib tak baik dapat penceramah bosan memang mengantuk la. Tapi kalo boleh korang dengar lar apa yang disampaikan sebab takut blur pulak masa ujian nanti.

Aktiviti LDK
Aktiviti dalam kumpulan ini biasanya melibatkan perbincangan dan sebagainya. Apa yang penting kat sini ialah anda kena bercakap. Jangan duduk diam jer. Kalo anda ni seorang yang taksub pembangkang, pastikan anda tidak taksub membangkang kerajaan semasa aktiviti ini dijalankan.

Jawapan untuk salah satu permainan, yang mana perlu diberi keutamaan?
1st-Negara 2nd-Agama 3th-Bangsa 4th-Diri
1st-Politik 2nd-Pendidikan 3th-Ekonomi 4th-Sosial
(Tak penting sebenarnya kalo salah jawab pun takpe takde masalah)

Aktiviti Sukan
Aktiviti kawad atau bersenam tu biasa la. Cuma yang ujian kecergasan tu penting sebab ada markah (5 Markah jer tak banyak pun). Anda akan melakukan ujian kecergasan ini secara berpasangan(Bergilir jadi juri). Jadi carilah pasangan yang tak terlalu skema untuk kasi markah korang tu nanti.

Larian 2km, iaitu 1km pergi balik, tak perlu la beria-ria sangat nak lari tu, karang jatuh ke terseliuh ker lagi susah. Memang semua orang akan konfirm lepas masa yang dia kasi tu.

Persembahan akhir
Cuma persembahan lagu patriotik tak perlu nak fikirkan teruk-teruk sangat. Naik atas pentas nyanyi jer ramai-ramai. Bukan ada markah pun

Ujian Akhir
Ujian terlalu senang cuma ikut logik akal jer. So korang tak perlu nak study atau belajar sampai tak tidur malam.

Sesi Kembara
Aku tak kena sesi kembara. Walaubagaimana pun yang aku dengar sesi kembara ini memang seronok, tapi memenatkan.

YouTube Preview Image

Popularity: 25% [?]

Posted 8 months ago at 11:55 am.

Add a comment

Kursus BTN di Pasir Salak Resort lagi

Popularity: 17% [?]

Posted 8 months, 1 week ago at 11:52 am.

Add a comment