«

»

Kursus Kenegaraan, Biro Tatanegara BTN

Walaupun dah agak lama aku telah menghadiri kursus ini, tapi walaubagaimanapun  aku tetap akan terbitkan post komen aku mengenai Program BTN ini. Mungkin satu hari nanti ianya berguna bagi para anggota kakitangan awam yang akan menghadiri kursus ini kelak.

Kursus Kenegaraan atau lebih dikenali sebagai kursus BTN. Kursus ini diwujudkan bertujuan untuk mememupuk semangat cintakan negara. Mungkin ramai yang berasa tertekan apabila dikehendaki menghadiri kursus 5 hari ini. Diharap artikel ini akan mengurangkan tekanan anda dalam menjalani kursus BTN

Barang-barang semasa di Kursus BTN

Telefon
Anda dikehendaki menyerahkan telefon, so pastikan anda bawa 2 telefon (Satu telefon buruk-buruk kasi kat diorang, satu lagi simpan kat bilik). Rasionalnya, ini zaman IT, bukan zaman batu lagi. Walaubagaimana pun dari apa yang aku dengar kalau kat Kem, lansung takde line telefon.

Coklat atau gula-gula
Sesi ceramah memang tak disediakan gula-gula. So prepair bawak gula-gula, sebab takut masa penceramah bosan korang dok terhangguk-hangguk.

Pakaian
Bawa baju kemeja putih lengan pendek, tak perlu bawak banyak-banyak pun bukan orang tau tu baju semalam tak basuh pun. Semua orang warna sama jer.

Tak perlu bawa baju kemeja warna lain, memang korang takkan pakai punya. Bawak pakaian untuk solat, baju Melayu.

Pakaian sukan, seluar trek, kasut sukan dan stokin memang perlu sebab tiap-tiap pagi dan petang akan ada sesi outdoor.

Seterika
Amat perlu kerana nanti mesti korang berebut nak guna seterika, sebab malu pakai baju putih berkedut.

Laptop & Kamera
Laptop memang jangan bawa. Takda asignment yang akan kena buat dan memang takda masa nak buka laptop lansung. Kamera tidak dibenarkan dibawa semasa kursus sedang berjalan. Tapi nak amik masa nak balik nanti perlu juga la.

Aktiviti-aktiviti semasa kursus BTN

Aktiviti Ceramah
Ceramah ni kalo dapat penceramah yang sempoi memang best lar. Kalo nasib tak baik dapat penceramah bosan memang mengantuk la. Tapi kalo boleh korang dengar lar apa yang disampaikan sebab takut blur pulak masa ujian nanti.

Aktiviti LDK
Aktiviti dalam kumpulan ini biasanya melibatkan perbincangan dan sebagainya. Apa yang penting kat sini ialah anda kena bercakap. Jangan duduk diam jer. Kalo anda ni seorang yang taksub pembangkang, pastikan anda tidak taksub membangkang kerajaan semasa aktiviti ini dijalankan.

Jawapan untuk salah satu permainan, yang mana perlu diberi keutamaan?
1st-Negara 2nd-Agama 3th-Bangsa 4th-Diri
1st-Politik 2nd-Pendidikan 3th-Ekonomi 4th-Sosial
(Tak penting sebenarnya kalo salah jawab pun takpe takde masalah)

Aktiviti Sukan
Aktiviti kawad atau bersenam tu biasa la. Cuma yang ujian kecergasan tu penting sebab ada markah (5 Markah jer tak banyak pun). Anda akan melakukan ujian kecergasan ini secara berpasangan(Bergilir jadi juri). Jadi carilah pasangan yang tak terlalu skema untuk kasi markah korang tu nanti.

Larian 2km, iaitu 1km pergi balik, tak perlu la beria-ria sangat nak lari tu, karang jatuh ke terseliuh ker lagi susah. Memang semua orang akan konfirm lepas masa yang dia kasi tu.

Persembahan akhir
Cuma persembahan lagu patriotik tak perlu nak fikirkan teruk-teruk sangat. Naik atas pentas nyanyi jer ramai-ramai. Bukan ada markah pun

Ujian Akhir
Ujian terlalu senang cuma ikut logik akal jer. So korang tak perlu nak study atau belajar sampai tak tidur malam.

Sesi Kembara
Aku tak kena sesi kembara. Walaubagaimana pun yang aku dengar sesi kembara ini memang seronok, tapi memenatkan.

YouTube Preview Image

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]

Comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>