photography . studio . art
Archive for July, 2009
Sitam Sup Corner, BP Walk, Batu Pahat
Jul 7th

Baru-baru ini sebelum aku menghadiri kursus BTN aku hantar kekasih hatiku (cheewahh) sambung belajar kat Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat Johor. Universiti aku dulu gak ni, dulu nama dia KUiTTHO, masa aku belajar kat KUiTTHO ni semua orang dok tanye “KUiTTHO Jepun ker?” Aku pun layan jer cakap ha a… kang bila aku explain2 KUiTTHO ni ape, mesti diorg mesti cakap, “Oooo, blajar kat kolej rupenye”.. hahaha

Ape-ape pun aku bukan nak citer pasal KUiTTHO atau UTHM. Aku nak citer pasal satu tempat makan best kat Batu Pahat ni, “SITAM SUP CORNER” terletak di BP Walk, Batu Pahat. Sup dia memang syiok dan lain dari yang lain. Sitam Sup Corner ni cuma jual macam-macam bahagian sup. Nasi putih ker menu-menu lain memang takde. Nasi lemak jer pun ade.

Macam-macam menu sup dia, korang boleh tgk kat gambar aku ni. Harge dia pun boleh tahan gak. Tapi aku nasihatkan kalau sesiape yang ade imaginasi yang kuat jangan ler makan sup campur or sup organ-organ lain, mesti korang tak lalu makan macam aku gak.. hahaha aku pernah cuba, memang tak boleh telan beb..

Anyway Sup Sitam Corner ni memang antara kedai makan favorite aku kat Batu Pahat ni selain dari Kedai Asam Pedas dekat dengan Wetworld Batu Pahat. (Aku pergi haritu tapi tutup, takde rezeki nak makan situ). lastly sebelum balik aku sempat lagi layan buat light trail kat BP Walk tu, bini tersayang aku teringin sangat nak tengok macam mana rupa light trail.
Sekian, trimas…
Popularity: 20% [?]



Recent Comments