khacamata

photography . studio . art

You are currently browsing the archives for August, 2009.

Hazique 9 Bulan


Hazique dah nak masuk 9 bulan dah. Bertambah bijak dah sekarang ni. Daddy dah lama tunggu nak amik gambo Hazique pegang keyboard. Alhamdulillah hasrat daddy hari ini tercapai harini, siap Hazique pegang keyboard ala-ala hackers lagi tu. So editing kali ini khas daddy eksperimenkan pada gambar Hazique!

p/s: thanx kepada Hafizwira kerana bagi aku idea untuk editing macam ini.

Popularity: 45% [?]

Posted 6 months, 2 weeks ago at 8:56 am.

10 comments

Konvokesyen UPSI 2009


Sekalung Tahniah kepada graduan-graduan atas kejayaan anda menamatkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris, terutamanya kepada client saya Saidatun Nisa. Semoga kalian menjadi pendidik yang berjasa kepada negara!

Popularity: 93% [?]

Posted 6 months, 3 weeks ago at 2:26 am.

3 comments

Persiapan Studio EAstudioz


Punyalah banyak kali tertangguh, akhirnya 1 Ramadhan juga menjadi tarikh untuk mula cuci Studio baru kami. Lokasi baru EAstudioz adalah terletak berhampiran dengan Greentown Mall Ipoh. Sedikit pengenalan EAstudioz ialah pengabungan beberapa ahli photoG dari Perak Alpha Legion iaitu aku, Azamnecrone, Noran Noshfx, dan juga Aril. Nantikan kemunculan website sulung EAstudioz dan pakej-pakej fotografi kami sedikit masa lagi.

p/s: Walaubagaimanapun aku masih lagi tetap kekal sebagai jurufoto De’Catcha Studio…

Popularity: 40% [?]

Posted 6 months, 3 weeks ago at 2:42 pm.

1 comment

Tempat makan yang terkenal di Tanjung Malim


Wah-wah baru mula puasa jer dah tunjuk tempat makan yang terkenal di Tanjong Malim. Sebenarnya gambar ni aku dah ambil sejak minggu lepas lagi untuk projek terbaru Pusat ICT UPSI iaitu membangunkan sebuah portal komuniti Tanjong Malim. Portal ini masih diperingkat pembangunan so sorry tak dapat reveal URL dia dulu. Anyway ini lah beberapa kedai makan yang sempat aku kunjungi sebelum bulan puasa ni.

Pau Yik Mun, Tanjong Malim
‘Kedai Pau Yik Mun’ telah memulakan perniagaan pau pada 1926 dan ia merupakan kedai pau yang sangat terkenal di tanjung malim. Menyediakan pau yang lembut,roti bakar,mee hainan dan ‘chicken Chop’nyata telah mendapat perhatian ramai pengunjung di serata malaysia. Kok Jek Ming merupakan generasi ke tiga keluarga Kok yang masih meneruskan perniagaan yang diasaskan datuknya sehingga kini.

Andri Ayam Kampung
Terkenal di Tanjung Malim dengan masakan padang. Makanan-makanan di sini masih lagi dimasak menggunakan dapur kayu. Hanya dibuka pada 1.00pm dan ditutup pada 2.00pm. Sekiranya stok ayam kampung tidak mencukupi maka kedai ini tidak dibuka. Kedai makan ini sememangnya unik dan ramai pengunjung sanggup menunggu kerana pintunya hanya akan dibuka tepat pada pukul 1.00pm

Aman Gado-Gado
Terletak di kawasan medan selera berhadapan dengan balai polis memudah kan pengguna pergi ke kedai ‘Aman Gado-Gado’ ketika berada di Tangjung Tanjong Malim.Menu tarikan utama di kedai ini adalah gado-gado dan air jagungnya yang pekat berkrim.Maka tidak hairan lah terdapat pelancong-pelancong luar yang datang ke tangjung malim memilih lokasi ini untuk menjamu selera.

Nasi Lemak Hj Din
Juga terletak di Medan Selera Tanjong Malim, kedai ini sememangnya sinonim dengan nasi lemak asli orang melayu. Kedainya walaupun agak kecil tetapi ianya telah menjadi tumpuan peminat-peminat nasi lemak sejak dulu lagi sehingga sekarang. Nasi lemaknya yang mempunyai sambal yang unik dan tidak terlalu pedas menarik minat bukan sahaja orang melayu, tetapi kaum-kaum lain.

Kedai-kedai ni tak bukak pada bulan puasa! Selamat berpuasa…

Popularity: 52% [?]

Posted 6 months, 3 weeks ago at 3:09 am.

2 comments

Green Apple Cafe, Seri Iskandar, Perak

Tahniah kepada pengurusan Green Apple Cafe, Seri Iskandar, Perak atas pembukaan rasminya pada 8 Ogos 2009. Cafe ini merupakan cafe 3 dalam satu yang mana mempunyai restaurant western food, cybercafe dan juga jamming studio. Bertempat berhampiran dengan UiTM Seri Iskandar, Perak membolehkan para pelajar atau pensyarah UiTM merasai restaurant mewah seperti dibandar. Terima kasih kepada En Faizal dan pengurusan Green Apple Cafe kerana memberi saya peluang untuk menjadi OP pada hari ini.

Popularity: 88% [?]

Posted 6 months, 3 weeks ago at 6:39 am.

Add a comment