Alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga siapkan laman web aku yang baru. Laman web aku yang lama iaitu eimiza.com telah mengalami kegagalan disebabkan oleh syarikat hosting itu sendiri. Seperti mana dalam post aku yang terdahulu, laman web eimiza.com telah disponsor oleh baithost.com.my. Aku tak tahu sejauh mana kebenarannya, kerana alasan mereka ada staf mereka telah secara tidak sengaja memadamkan data-data dalam server termasuk data backup! dan disebabkan ini telah menjatuhkan reputasi mereka sehingga syarikat hosting ini tidak mampu lagi untuk meneruskan perkhidmatanya.
Polisi Hosting
Kenapa pemilik-pemilik laman web yang kehilangan data tidak menyaman syarikat hosting ini? Jawapanya adalah kerana semasa kita mahu menggunakan perkhidmatan hosting, kita perlu bersetuju dengan syarat-syarat dan polisi yang telah ditetapkan oleh syarikat hosting. Dan antara polisinya ialah “Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data pada server”. Mana-mana syarikat hosting pun sama mempunyai polisi seperti ini! So better be careful!
Backup Laman web
Disebabkan polisi ini lah kita perlu berhati-hati dan sentiasa bersedia membuat backup sendiri. Sekiranya anda menggunakan enjin blog seperti wordpress, lagi mudah untuk menjalankan proses backup iaitu Tools>Export. Bagi yang menggunakan enjin lain anda perlu backup database (SQL Dump) anda melalui phpmyadmin.
Jangan/elakkan host gambar atau fail-fail anda dalam webserver anda
Bagi gambar, adalah lebih baik kita hostkan gambar di ruangan-ruangan percuma seperti Flickr, Picasa, atau Photobucket yang mana lebih selamat kerana sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini pada server kita, gambar-gambar kita masih ada dan boleh digunakan kembali. Bagi fail-fail pula anda boleh gunakan google docs, filesave dan sebagainya untuk menyimpan dengan lebih selamat. Dengan menyimpan gambar dan fail-fail anda diluar, bukan sahaja dapat menjimatkan saiz hosting anda bahkan turut dapat menjimatkan bandwidth anda.
Bagi sesiapa yang telah mengalami kerugian disebabkan oleh syarikat hosting ini, marilah kita sama-sama ambil iktibar dari apa yang berlaku. Bagi syarikat hosting baithost.com.my, terima kasih kerana mensponsor laman web saya sebelum ini. Bagi pengunjung-pengunjung blog aku mohon maaf sangat-sangat pada yang korang mencari-cari laman web aku yang tak seberapa ini..
Layankan!
Popularity: 10% [?]
2 comments
kicaps says:
August 18, 2009 at 2:07 pm (UTC 8)
Salam…
Bagus juga hang tulis benda ni….
Aku mmg tak tahu langsung….
Eimiza Faisha says:
August 18, 2009 at 2:23 pm (UTC 8)
sama-sama kongsi bro… no hal punye