photography . studio . art
Archive for September, 2009
Hari Raya Aidilfitri 2009
Sep 29th
Raya kali ini walaupun tak semeriah tahun-tahun lepas (sebab tak buat open house & fiza tak dpt buat kuih raye), tapi raye ni paling seronok sebab dapat beraya dengan Hazique. Tahun ni pun seronok sebab dapat berkonvoi balik penang (Kereta abah, kereta aku dan kereta along, pastu paksu menyusul kemudian). Tahun ni pun special sikit sebab sebelum-sebelum ni balik penang tido rumah sedara-mara, kali ni dapat tido kat hotel 4 star (yela maklum la family dah bertambah besar dah).
p/s: Terima kasih kepada yang memberikan duit raya kepada Hazique, duit dalam simpanan tabung haji dia dah cecah RM400 lebih dah. (termasuk duit orang kasi masa dia baru lahir) Silap haribulan dia pegi haji dulu baru daddy pegi.. hahaha
Popularity: 30% [?]
Akan datang: Shima & Zaflin
Sep 27th

p/s: Wedding Job Shima dan Zafril aku cuma AOP jer.. OP dia Naqiuddin Vendechrome
Popularity: 28% [?]
Sehari sebelum raya
Sep 20th
Alhamdulillah selesai juga sebulan berpuasa, kini tiba hari raya. Hari raya tahun ini merupakan hari raya pertama buat Hazique. Nasib baik rumah Opah dan Mak Tok tak jauh so boleh la beraya 2 tempat satu hari. Tahun ini juga special sebab Kita sekeluarga tidur dirumah Oyang Hazique untuk menyambut raya besok.. Memang seronok beraya dikampung dah lama dah tak merasa beraya dikampung..
Popularity: 29% [?]
Stesen KTM Tanjong Malim
Sep 11th
Hari ini my wife balik hujung minggu dari Johor. Selalunya dia naik bas. Tapi bas dari batu pahat tak boleh masuk Pudu sehingga hari raya, untuk elak kesesakkan!? Jadi alternatif lain ialah naik bas ke Seremban dan naik KTM komuter terus ke Tanjong Malim. Hebatkan KTM komuter sekarang ni boleh jalan dari Seremban ke Tanjong Malim? Jauh tu.. Itulah yang digembar-gembur oleh KTM Berhad, Perkhidmatan komuter telah meluas dari Seremban ke Tanjong Malim dan seterusnya bakal ke Ipoh pula.
Tetapi hakikatnya, indah khabar dari rupa. Perkhidmatan komuter dari Rawang ke Tanjong Malim bukannya komuter! Tetapi keretapi penumpang biasa yang berjalan dengan sungguh lembab sekali! Iklan bukan main lagi, komuter dari Tanjong Malim boleh pergi ke KL konon, boleh blah! Harga tiket bukan main lagi nak kasi naik, tapi perkhidmatan langsung taknak pulak kasi naik.
Sepatutnya kalau KTM belum sedia nak berikan perkhidmatan komuter dari Tanjong Malim ke Rawang buat la cara belum sedia. Ini iklan kata komuter, bila naik keretapi biasa! Harga tiket tetap sama! KTM PENIPU & PENYAMUN!
fuhh pueh hati aku.. disebabkan kebosanan tahap melampau aku menunggu “Komuter” yang delay dekat sejam ni sampai, aku pun melayan la wife no 2 aku ni (kamera aku laa jgn igt lain ek)
Popularity: 56% [?]



























Recent Comments