«

»

Modifikasi Air Filter Charade G100

Sekadar berkongsi apa yang telah dibuat pada kereta aku. Memang susah nak cari aksesori barang-barang charade pada masa sekarang ni. Lepas enjin aku dah port n polish haritu, rasa macam kurang menarik pulak bila pasang air filter standart dia yang besar gedabak dan hitam pulak tu. So atas nasihat pakar, member aku Fitri mencadangkan untuk cari Ram Pipe Kancil dan Air Filter clone K&N ni. Modifikasi untuk pemasangan ni kredit kepada bengkel overhaul enjin g100 aku, Bengket Mirage Tanjong Malim.

20110506-093531.jpg

Mula-mula kena la gelung pengikat macam ni kat atas karburator. Tujuannya untuk elakkan dari Ram Pipe terlepas dari kedudukan asal dia. Gelung pengikat ni boleh dapat kat mana-mana kedai hardware dan murah harganya. Yang penting benda ni senang nak pasang dan modified.

20110506-093547.jpg

Bagaimanapun Ram Pipe Kancil ni ada dua lubang pada tapaknya. So untuk tutup lubang ni pakai getah keras yang dipotong ikut saiz dalam lubang ni.

20110506-093559.jpg

Inilah rupanya bila dah letak tapak ram pipe ini atas gelung pengikat tadi. Bila di dah letak, tapak ni agak loose tapi tak mengapa sebab nanti kita akan ikat dengan skru asal air filter tu.

20110506-093611.jpg

Buat penutup yang sama untuk bahagian atas ram pipe pulak. Lubang pun perlu ditebuk pada bahagian tengah ram pipe ini, supaya skru boleh masuk untuk kita sambung dan ketatkan ram pipe ni nanti.

20110506-093622.jpg

Kemudian selepas pasang dan ketatkan skru asal tadi, buat pula bracket macam kat gambar atas ni. Maybe part ni susah sikit sebab nak kena potong, grinding, ketuk untuk dapat braket cam kat atas ni. Kemudian ikat guna skru saiz 12.

Ini lah rupanya bila dah siap pasang. Tapi kena tambah satu lagi Air Filter kecil kaler biru tu. Kalo tak nanti nampak berlubang enjin korang. Selamat mencuba..

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 19% [?]

Comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>