«

»

Terformat memory card! Macam mana nak dapat semula?

Antara mimpi ngeri seorang jurugambar perkahwinan, terformat memory card! Setelah penat lelah anda mengambil gambar pengantin, pose sana sini, kemudian atas kecuaian sendiri, gambar yang telah anda ambil hilang begitu sahaja. Lebih merisaukan lagi adalah kemarahan si pengantin setelah mendapat tahu yang gambarnya telah hilang. Bayangkan macam mana nak berhadapan dengan si pengantin dan beritahu bahawa gambar kenangan abadi seumur hidup mereka telah hilang dek kecuaian anda sendiri! Silap haribulan disaman pulak oleh pengantin.

Itulah yang dihadapi oleh aku suatu masa dulu dan tak perlu aku ceritakan pengantin yang mana satu. Menjadi pengajaran kepada aku untuk lebih berhati-hati semasa mengendalikan gambar-gambar client pada masa-masa puncak. Yela benda nak jadi nak buat macam mana, ayat menyedapkan hati yang sedang gundah gulana. Mujur, syukur alhamdullilah, Allah maha pemurah lagi maha mengasihani memberi petunjuk kepada ku untuk dapatkan semula gambar-gambar itu semula.

Post aku kali ini diharap dapat membantu orang lain yang mengalami masalah seperti aku ini untuk dapatkan semula gambar yang telah diformat dari sebuah memory card. Software ialah Cardrecovery dari http://www.cardrecovery.com/. Cardreovery ini dapat membantu anda mendapatkan semula gambar-gambar walaupun memory card anda telah di format 2-3 kali. Ianya juga sangat mudah digunakan dan anda juga boleh spesifikan jenis data yang ingin anda ingin recover. Software ini berharga USD 39.95 namun terdapat crack diluar sana untuk anda gunakannya secara percuma. Saya tidak dapat kongsikan crack ini kerana ianya tidak sah disisi undang-undang. Tapi kalo korang terdesak memerlukan software ini boleh turunkan komen dibawah dan saya akan hubungi melalui email untuk cuba bantu.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 4% [?]

Comments

Powered by Facebook Comments