9 Januari 2011, sejarah tercipta sepanjang aku berkhidmat di UPSI, pertama kali aku lihat kacau bilau dan huru-hara di bandar kecil Tanjong Malim ini. Hari ini adalah hari perbicaraan seorang mahasiswa UPSI yang telah mencalar imej UPSI iaitu Adam Adli.
Pagi: Roadblock dah mula dilakukan oleh pihak polis, dah mula nampak tanda-tanda nak kesesakkan. Mujur aku naik motor boleh mencilok so sempat la nak punch-in pagi ini. Tapi rasanya mungkin juga rakan-rakan lain yang naik kereta terlewat punch-in hari ini. Mama still sempat hantar Hazique sebab dia mula kerja pukul 8.30pagi
Tengahari: Roadblock diperhebatkan oleh pihak polis. Jalan untuk pintu masuk utama disekat dari sebarang lalu lintas. Berbatu-batu kereta beratur sepanjang jalan, termasuk yang nak masuk balik kerja kat UPSI pun terkandas walaupun pintu belakang UPSI masih dibuka. Again nasib baik aku naik moto boleh mencelah. Masa ini FRU macam dalam gambar aku tu dah sampai dah.
Petang: Lebih kurang pukul 4,30 makin ramai student kelihatan berkumpul kat pintu belakang UPSI disekitar deretan kedai di Taman Universiti. Polis kemudian arahkan semua pintu ditutup. Pukul 5.00, semua pintu masih ditutup, polis cuma membenarkan satu pintu sahaja dibuka iaitu dipintu selatan itupun cuma pintu keluar bagi staf pulang dari kerja.
Kebetulan petang itu juga aku terpaksa kerja lebih masa untuk uruskan sesi video conferencing bagi pelajar PJJ UPSI-MARA, so Mama sepatutnya kena ambil Hazique petang tu. Tapi disebabkan semua pintu ditutup Mama tak boleh masuk untuk ambil Hazique. Aku pula tak boleh nak keluar dari UPSI, sebab jika aku keluar aku dah tak boleh nak masuk semula. Last skali terpaksa suruh mama pergi ke pintu utara berhampiran dengan surau dan gymnasium UPSI di sebab disitu kurang sesak. Tapi guard UPSI still enggan nak bukak pintu untuk aku serahkan Hazique pada mama dia, keadaan terdesak sampaikan terpaksa paskan Hazique dicelahan pintu dan pagar yang sempit memandangkan hujan dah mula turun. – dah rupa macam penyeludup la pulak.
Itulah kisah aku hari ini, aku percaya rakan-rakan kakitangan lain pun mesti ada pengalaman manis pada hari bersejarah ini. Walaubagaimanapun aku ucapkan terima kasih kepada adam adli kerana memberikan pengalaman yang menarik seperti ini kepada kakitangan UPSI.
Popularity: 7% [?]

Comments
Powered by Facebook Comments