Sudah menjadi kelaziman kesesakan jalan akan berlaku semasa musim perayaan. Jutaan kenderaan keluar dari ibu kota membanjiri jalan raya dan lebuh raya untuk pulang ke kampung halaman. Biasanya kita akan menggunakan lebuh raya untuk memastikan perjalanan kita lancar dan cepat sampai kedestinasi, namum kadangkala kita akan terasa wajarkan kita membayar kadar tol yang mahal walhal kita hanya dapat memandu 20-30km sejam mahupun berhenti ditengah lebuh raya. Berikut adalah sedikit tip untuk mengelakan kita terkandas di kesesakan lebuh raya.
Talian bebas tol plus PLUSLine
Anda boleh telefon 1800880000 untuk mendapatkan maklumat mengenai keadaan trafik terkini. Selain itu anda juga boleh dapatkan maklumat berhubung Cadangan Waktu Perjalanan, Laluan Kontra di antara Tanjung Malim dan Slim River, maklumat trafik terkini dan bantuan-bantuan lain.
Layari plustrafik twitter
Bagi mereka yang mempunyai kemudahan internet boleh gunakan khidmat twitter plustafik http://twitter.com/plustrafik bagi mendapatkan maklumat mengenai keadaan trafik terkini.
Touch n Go
Pastikan anda menggunakan touch n go atau mengeluar sedikit modal untuk dapatkan Smart Tag (yang berharga RM80.00 jer) untuk mepercepatkan pembayaran. Pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi kerana tiada booth tambah nilai yang akan dibuka sepanjang musim perayaan untuk mengelakkan kesesakan.
Cadangan Waktu Perjalanan (Travel Time Advisory)
Ikuti jadual waktu perjalanan yang telah ditetapkan oleh pihak plus seperti dibawah:

Gunakan lebuh raya pada awal pagi
Tidur dan rehat awal dan mulakan perjalanan anda di awal pagi. Biasanya trafik di lebuh raya akan mula reda pada jam 3 ke 4 pagi.
Gunakan alternatif lain: keretapi
Rancang perjalanan untuk menaiki keretapi kerana ianya lebih pantas dan selamat. Pastikan anda telah membuat tempahan 2 minggu lebih awal pada musim-musim cuti perayaan.
Popularity: 2% [?]
Comments
Powered by Facebook Comments