«

»

Waja Inner Locking Problem

Bahagian yang bertanda bulat tu adalah bahagian inner locking

Waja aku ni waja tahun 2002, so boleh boleh kira dah 8 tahun dah usia kereta ni. Aku beli waja ni secondhand pada tahun 2007, sejak dari beli (mileage 50k++) hingga sekarang (mileage 150k++) kereta waja aku ni tak pernah gagal nak hidupkan enjin (kecuali bateri kong ler) mahupun enjin rosak kat tengah jalan. Boleh kira enjin dia memang tiptop lah (Dengan servis biasa setiap 8k mileage). Tapi masalah dengan waja ni (seperti pengguna waja lain sedia maklum) adalah pada bahagian pintu dia:

  • Casing Power window, diperbuat daripada plastik so sangat mudah untuk pecah dan mengakibatkan tingkap tak boleh buka atau tutup. (Repair Cost = RM150+)
  • Pemegang pintu turut dibuat dengan plastik murah juga sangat mudah untuk patah dan kalo tak patah habis pun dia patah sikit2 menyebabkan kita sukar nak bukak pintu (Repair Cost = RM50+ & tak masuk cat lagi)
  • Pembuka pintu dalam pun boleh jadi bermasalah gak, tapi jarang berlaku.
  • Innerlocking problem menyebabkan kunci pada pintu kadang tidak dibuka/tutup sepenuhnye. atau kadang lansung tidak boleh bukak. (Repair Cost = RM200+)

Sebelum ni memang aku dah pernah ganti dah casing power window dengan pemegang pintu, tapi semalam 1st time aku kene ganti Innerlocking dah ler dekat nak raya pulak tu. Choronology masalah Innerlocking:

  1. Mula bila aku tekan lock/buka dia bunyi macam tak sama antara satu pintu dengan yang lain
  2. Aku perasan pintu sebelah driver, bila lock/buka dia macam lambat semacam jer
  3. Terpaksa tutup buka 2 kali baru lock pada pintu driver terbuka
  4. Makin teruk dengan tutup buka banyak kali baru pintu terbuka
  5. Last skali masa pergi kedai pintu tekan lock/buka berape banyak kali pun dia takmau terbuka, nasib baik kedai tu test dengan pintu terbuka, kalo tertutup tak mau kene pecah pintu tu dari dalam kot

Nak buka dia teruk gak, nak kena keluarkan seluruh panel power window ni..

Inilah set innerlocking yang sedang ditukar ganti

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 10% [?]

Comments

Powered by Facebook Comments

4 comments

  1. Mohd Rodzi says:

    mintak tolong,kunci keta waja dah pecah,pegi kedai kunci x leh buat sebab ada immobilizor,kat mana kedai boleh buat ye?

    1. Eimiza Faisha says:

      emm immobilizor? tak pasti la sebab tak pernah pakai lagi..

      1. idrus says:

        Sila pergi ke proton edar,bahagian Alarm. situ boleh buat. Ada juga kedai2 servis accessories kta pun banyak boleh buat.

  2. kura2 says:

    Innerlocking satu pintu RM200++ ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>