«

»

Pendapatan Dividen ASB 2011

Akhirnya dapat juga nak kemaskini buku ASB aku hari ini. 2-3 hari lepas asyik sibuk jer tak sempat nak pergi bank atau pejabat pos. Tapi hari ni dah masuk hari ke 4 untuk update buku pun masih ramai orang nak berurusan ASB kat bank dan pejabat Pos.┬áBiasa la orang Malaysia, kalau bab dapat duit laju jer, tau nak cepat jer , kalau bab kena keluar duit macam saman ke ape ke esok dah nak tutup baru nak pergi bayar. Haha tapi aku ni pun paku dulang jugak…

Hasil dari kemaskini buku ASB aku kat pejabat pos, pendapatan ASB yang aku dapat untuk tahun ini adalah RM1,561.47, manakala pengiraan yang aku buat menggunakan Calculator ASB online aku dapat RM1,560.75, so terdapat perbezaan untung sebanyak RM0.72. Mungkin 72sen ini nampak kecil bagi aku yang buat loan ASB cuma RM20,000.00. Aku akan cuba perbaiki dari masa ke semasa.

Cara penggunaan Calculator ASB online
Kalo nak pakai calculator ni, benda paling penting ialah kita nak kena tau macam mana nak tengok baki terendah bulanan. Jika merujuk pada buku akaun ASB (rujuk gambar kat atas):-

Baki Terendah*
Januari 2011: RM 3,426.28 – Terdapat 2 transaksi tercatit pada buku(4/01/2011) dan baki terendah bulanan adalah RM3,426.28 walaupun kita dan topup RM200 pada bulan berkenaan.
Februari 2011: RM126.28 – sebab aku dah buat pengeluaran pada 23/2/2011** sebanyak RM3,500.00
Mac hingga Disember 2011: RM126.28 – kekal setiap bulan sebab tiada pengeluaran atau penambahan

*Baki terendah ini tak termasuk dengan RM20,000 loan ASB aku.
** Sangat rugi jika buat pengeluaran pada akhir-akhir bulan, lebih baik tangguh ke bulan kehadapan melainkan keadaan mendesak

So aku pun masukkan dalam Calculator ASB online macam screenshot dibawah:-

dan dapat la result dia seperti ini:-

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 16% [?]

Comments

Powered by Facebook Comments