«

»

Salam Aidilfitri 2012

Salam Aidilfitri buat seluruh keluarga, sahabat, rakan, jiran, & kenalan. Mohon maaf zahir batin, buang yang keruh ambil yang jernih. Alhamdulillah hari ini baru terbuka hati untuk tambah post, selepas dah berbulan-bulan tertinggal. Banyak sangat yang telah berlalu sampai tak tahu macam mana nak mula berblogging balik. So aku mulakan dengan post raya jer lah..

Raya tahun ini semakin meriah dengan kehadiran orang baru, anak kedua-ku Eimiza Hamza Bin Eimiza Faisha yang kini telah pun berusia  3 bulan. Meriah juga raya tahun ini sebab dapat beraya dengan sanak saudara di Kedah dan Pulau Pinang.

Pagi raya pertama tahun ini keluarga “Eimiza” berkumpul di rumah along, di Taman Saujana, Batu Gajah. Nak bergambar keluarga pun susah Hazique tak mahu duduk diam dok sibuk nak tengok kucen pak long dia.. hehe

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 1% [?]

Comments

Powered by Facebook Comments