«

Bengkel IT di UPSI

Exco Multimedia dan publisiti, Majlis Mahasiswa Kolej (MMK) Universiti Pendidikan Sultan Idris baru-baru ini telah menganjurkan program Bengkel Multimedia 1.0 di Pusat Aktiviti Pelajar Kolej Aminuddin Baki yang disertai seramai 30 orang peserta

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi UPSI, Eimiza Faisha Azmi telah menjadi tenaga pengajar sepanjang sesi program ini.

Secara umum, pelaksanaan program itu adalah untuk melahirkan lebih ramai pelajar KAB yang mempunyai ilmu dan kemahiran dalam bidang teknologi dan multimedia.

Program yang dijalankan selama dua hari itu melibatkan slot program menyunting yang pengisian menggunakan perisian komputer Photoshop CS6.

Slot ini sedikit sebanyak telah memberi ilmu dan maklumat yang berguna untuk peserta manfaatkannya.

Selain itu para peserta juga didedahkan dengan program kamera DSLR. Slot ini menerangkan asas penggunaan kamera DSLR serta program menyunting video.

Sepanjang program ini diadakan peserta memberikan tindakbalas positif dalam mendapatkan input atau pengetahuan baru yang mereka perolehi daripada program ini.

Majlis penutup dan perasmian Bengkel Multimedia 1.0 telah disempurnakan Felo blok Bravo Kolej Aminuddin Baki, Anis Fatiha Ahmad Sahimi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20131209/ka_01/Bengkel-IT-di-UPSI#ixzz2n5Ul1kRB
© Utusan Melayu (M) Bhd

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]

Comments

Powered by Facebook Comments