«

»

Tempat makan yang terkenal di Tanjung Malim


Wah-wah baru mula puasa jer dah tunjuk tempat makan yang terkenal di Tanjong Malim. Sebenarnya gambar ni aku dah ambil sejak minggu lepas lagi untuk projek terbaru Pusat ICT UPSI iaitu membangunkan sebuah portal komuniti Tanjong Malim. Portal ini masih diperingkat pembangunan so sorry tak dapat reveal URL dia dulu. Anyway ini lah beberapa kedai makan yang sempat aku kunjungi sebelum bulan puasa ni.

Pau Yik Mun, Tanjong Malim
‘Kedai Pau Yik Mun’ telah memulakan perniagaan pau pada 1926 dan ia merupakan kedai pau yang sangat terkenal di tanjung malim. Menyediakan pau yang lembut,roti bakar,mee hainan dan ‘chicken Chop’nyata telah mendapat perhatian ramai pengunjung di serata malaysia. Kok Jek Ming merupakan generasi ke tiga keluarga Kok yang masih meneruskan perniagaan yang diasaskan datuknya sehingga kini.

Andri Ayam Kampung
Terkenal di Tanjung Malim dengan masakan padang. Makanan-makanan di sini masih lagi dimasak menggunakan dapur kayu. Hanya dibuka pada 1.00pm dan ditutup pada 2.00pm. Sekiranya stok ayam kampung tidak mencukupi maka kedai ini tidak dibuka. Kedai makan ini sememangnya unik dan ramai pengunjung sanggup menunggu kerana pintunya hanya akan dibuka tepat pada pukul 1.00pm

Aman Gado-Gado
Terletak di kawasan medan selera berhadapan dengan balai polis memudah kan pengguna pergi ke kedai ‘Aman Gado-Gado’ ketika berada di Tangjung Tanjong Malim.Menu tarikan utama di kedai ini adalah gado-gado dan air jagungnya yang pekat berkrim.Maka tidak hairan lah terdapat pelancong-pelancong luar yang datang ke tangjung malim memilih lokasi ini untuk menjamu selera.

Nasi Lemak Hj Din
Juga terletak di Medan Selera Tanjong Malim, kedai ini sememangnya sinonim dengan nasi lemak asli orang melayu. Kedainya walaupun agak kecil tetapi ianya telah menjadi tumpuan peminat-peminat nasi lemak sejak dulu lagi sehingga sekarang. Nasi lemaknya yang mempunyai sambal yang unik dan tidak terlalu pedas menarik minat bukan sahaja orang melayu, tetapi kaum-kaum lain.

Kedai-kedai ni tak bukak pada bulan puasa! Selamat berpuasa…

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 12% [?]

Comments

Powered by Facebook Comments

3 comments

  1. ixora says:

    abg tgk balik spelling kat
    Aman GADO-GADO…”Tangjung Malim”

  2. Eimiza Faisha says:

    time kacih.. dah ubah dah

  3. jamal says:

    the finest restaurant and cafe in tanjung malim with certificate A by local authority. Price is reasonable for UPSI student.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>