About Me

Salam ukhwah dan selamat datang ke blog eimiza.net. Nama diberi Eimiza Faisha bin Azmi, dilahirkan di Hospital Besar Pulau Pinang (balik pulau) pada 13 Jun 1985.  Anak kedua dari tiga beradik yang semuanya bernama “Eimiza” hasil perkongsian hidup Hj Azmi bin Baharum & Hjh Kamariah binti Daud. Kini menetap di Tanjong Malim, Perak.

Pendidikan
Pendidikan awal di SK Manjoi Satu, Ipoh (1992) SK Sg Rokam, Ipoh (1993-1994) dan SK Seri Ampang, Ipoh (1995-1997). Peringkat menengah di SM Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (1998-2000) dan SM Teknik Persiaran Brash, Ipoh

Melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dalam Teknologi Maklumat di Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUTTHO) Batu Pahat, yang kini dikenali sebagai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun 2003 sehingga 2006. Selepas bergraduasi aku menjalani kursus Skim Latihan Graduan di Perak Entrepreneur State PESDC selama 3 bulan. Kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dalam Sains Komputer di Universiti Teknologi Mara menerusi pembelajaran jarak jauh SPACEUTM.

Pekerjaan
Mula berkhidmat secara kontrak sebagai Penolong Pegawai Sistem Maklumat di Majlis Daerah Kinta Barat (kini dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Gajah) pada 2007. Selepas setahun berpindah ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat berjawatan tetap hingga sekarang.

Photografi
Meminati fotografi sejak kecil dan mula aktif sejak memiliki kamera DSLR Sony Alpha a300 pada 2008. Membeli kamera kedua sebagai second body iaitu Konica Minolta 7D. Menjual Sony Alpha a300 kepada adik aku Eimiza Tawfiq untuk membeli Sony Alpha a580. Kini telah pun menjual Sony Alpha a580 dan sedang mengumpul duit untuk membeli Sony Alpha a77.

Akif dalam forum Alphanatics, dan menganggotai Perak Alpha Legion sejak dari awal penubuhan. Bersama-sama 3 orang rakan dari Perak Alpha Legion (dan sorang juru mekup) menubuhkan sebuah Syarikat fotografi Khacamata Art & Studio. Khacamata bakal membuka studio rasminya di Ipoh tidak lama lagi.

Website dan Internet
Mula mengenali internet sejak 1998 selepas memperoleh Starter Kit Maxis Net yang menggunakan teknologi dail-up pada masa itu. Mula berjinak-jinak dalam pembangunan web menggunakan perkhidmatan pelayan percuma Geocities dan Lycos. Mempelajari bahasa pengaturcaraan web PHP semasa mengambil diploma dan telah berjaya membangunkan laman web rasmi Technology Trasfer Centre (TTC) KUiTTHO semasa latihan industri menggunakan Content Management System (CMS) Mambo (kini lebih dikenali sebagai Joomla) setelah mengeksperimen beberapa CMS seperti MDpro, Xoops, Drupal dan lain-lain.

Selepas grad, mula berminat dalam bidang hosting dengan membangunkan online store kedaipc.com namum ditutup selepas setahun kurang promosi dan mungkin kerana mentaliti orang malaysia pada ketika itu terhadap pembelian secara online sangat rigid.

Mula berkhidmat di MDBG, aku telah membangunkan laman web rasmi majlis dan telah mendaftarkan nama domain http://www.mdkb.gov.my yang pada masa itu cuma berkongsi domain dengan Pejabat Tanah dan Daerah. Laman web ini dibangunkan menggunakan CMS Joomla.

Semasa di berkhidmat UPSI, aku telah ditempatkan di Unit Multimedia, Pusat ICT aku sekali lagi memperkenalkan CMS Joomla di Pusat ICT, UPSI bagi mengantikan laman web lama yang cuma menggunakan HTML. Penggunaan Joomla diperluaskan bagi membangunkan laman web pusat tanggungjawab (PTj) lain di UPSI sehingga kini. Disamping itu juga aku telah membangunkan/bersama-sama membangun beberapa lagi laman web seperti, blog.upsi.edu.my, tanjongmalim.upsi.edu.my, ict.upsi.edu.my dan beberapa lagi. Selain itu aku juga terlibat dalam pengaturcaraan web bersama-sama membangunkan Modul e-Portfolio bagi Portal ePembelajaran MyGuru2 dan UPSI Mobile Application (UPSI APP).

Diluar pekerjaan, aku telah membina sebuah web hosting aku sendiri iaitu www.khacahost.com. Aku lebih menyasarkan khacahost.com bagi membantu rakan-rakan fotografi di seluruh malaysia memiliki laman web/blog sendiri dengan harga yang sangat berpatutan.

Popularity: 5% [?]

Comments

Powered by Facebook Comments

20 comments

  1. ixorafieza says:

    xda profile family ke?n abg cute la.tp mcm thn nafas je.hehe k :-p

  2. Eimiza Faisha says:

    hehe abg mmg kurus laa… sayang ni lupa ker :”) profile family? nnt2 la maleh nak wat skng ni..

  3. idah says:

    cantik website.. and i like hazique.. so cute!

  4. Eimiza Faisha says:

    ^_^ thanx idah!

  5. ayie says:

    salam eimiza, nak tanya..blog nie buat guna theme apa yek? nak try gak cam best jer.

    1. Eimiza Faisha says:

      theme ni Sliding Door 1.7.1 by Wayne Connor.. try la.. nak buat utk http://homeworkcollection.blogspot.com/ ker? :D

  6. nadzrul says:

    salam bro eimiza…nak tanya laa…ade x cara nak contact bro, emel ke, YM ke, ada nak tanya sikit2x pasal photography ni… :) hope dapat dibantu… huhu~

  7. Eimiza Faisha says:

    contact tru facebook :D

  8. nabil says:

    ooo0o0 baru tahu..heheh…

  9. Eimiza Faisha says:

    hehe tahu takpe..

  10. nabil says:

    bro,ko guna sony ke?>

    1. Eimiza Faisha says:

      yup a300..

  11. nabil says:

    geng2 sony ade group tak?tak pon web ape2 ke?

  12. Eimiza Faisha says:

    kat Perak ade, kat KL pun ade..

    http://www.perakalphalegion.com

    http://centralalphalegion.blogspot.com/

    atau join malaysia community pun boley

    http://www.alphanatics.com

  13. Pn. Harliana says:

    Salam Eimiza,

    Terjumpa website secara tak sengaja. Nama ni buat saya teringat antara student2 terawal saya di UTHM. Minta maaf saya nk tanya, eimiza pernah buat diploma FTMM UTHM tak? Saya rasa macam pernah mengajar kamu dulu…

    Ok, all d best…

    1. Eimiza Faisha says:

      Salam Pn Harliana, wahh igt lagi kat saye ek? hehe yup saya ex-student pn ler utk kursus kenegaraan.. Kalau tak silap time tu masih Cik Harliana blm jd Pn lagi rasenye.. :D

  14. nabil says:

    tq bro..

  15. nabil says:

    salam..nak tanya, template web ni amik mane?

    1. Eimiza Faisha says:

      template ni untuk wordpress, blogspot tak bley pakai.. name dia slidding door.. try la google tgk, kot2 ade ker..

  16. nur amirah says:

    salam,saya nak bertanya..saudara ada pakej untuk konvokesyen tak?if ada bley hantarkan untuk saya.koz 3/4 konvo di PUO

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>