Salam Aidilfitri 2012

Salam Aidilfitri buat seluruh keluarga, sahabat, rakan, jiran, & kenalan. Mohon maaf zahir batin, buang yang keruh ambil yang jernih. Alhamdulillah hari ini baru terbuka hati untuk tambah post, selepas dah berbulan-bulan tertinggal. Banyak sangat yang telah berlalu sampai tak tahu macam mana nak mula berblogging balik. So aku mulakan dengan post raya jer lah..

Raya tahun ini semakin meriah dengan kehadiran orang baru, anak kedua-ku Eimiza Hamza Bin Eimiza Faisha yang kini telah pun berusia  3 bulan. Meriah juga raya tahun ini sebab dapat beraya dengan sanak saudara di Kedah dan Pulau Pinang.

Pagi raya pertama tahun ini keluarga “Eimiza” berkumpul di rumah along, di Taman Saujana, Batu Gajah. Nak bergambar keluarga pun susah Hazique tak mahu duduk diam dok sibuk nak tengok kucen pak long dia.. hehe

Popularity: 1% [?]

Bangunan Elearning Black Out

Bangunan ELearning blackout hari ini. Blackout kali ini yang paling teruk agaknya, sebab satu bangunan terus. Walaupun ia cuma satu bangunan di UPSI tapi tempiasnya kepada seluruh kampus, kerana di bangunan inilah letaknya server dan ibu sawat networking ke seluruh kampus. Ketiadaan elektrik menyebabkan semua server bagi semua servis bagi sistem-sistem online, email, web, attandence dan segalanya tergendala. Bukan itu sahaja, network Kampus baru di Sultan Azlan Shah turut tergendala kerana ianya dihubung terus dari kampus lama.

Kegelapan, perkhidmatan di Pusat ICT di Kampus lama tidak dapat berjalan seperti biasa, walaupun urusan berpindah ke Proton CIty, namun perhubungan di Proton City juga tergendala kerana IP Phone di Proton City tidak dapat berfungsi tanpa talian internet.

Adakah berpunca dari sini? mungkin juga lihat kesan seperti jelaga asap hitam dari ruang udara berkenaan. Cuma JPPHB sahaja yang dapat pastikan keadaaan terkini. Mungkin juga ada yang tengah terperangkap di dalam lif pada masa sekarang, aku pun tak tahu. Harap perkara ini dapat diselesaikan segera sebelum menjejaskan terus operasi UPSI.

Popularity: 2% [?]

Tak dapat tengok TV3 Streaming di Asyik TV?

Aku jarang duduk depan TV, tapi berjam-jam duduk depan laptop. Kadang-kadang bila teringin nak tengok tv aku akan bukak AsyikTV. AsyikTV adalah live online streaming bagi siaran-siaran TV percuma di Malaysia. Servis dia memang laju dan tak lagging walaupun sekadar streamyx 1mbps. Tapi baru-baru ini, TV3 tak boleh nak stream macam selalu.. search punya search baru la dapat tau yang ada link lain rupanya. Selalu dok buka link dari google dia akan kasi URL http://asyik.tv/widget/1my-web/  tapi tak dapat channel tv3 so kalau nak tengok tv3 gantikan 1my-web tu kepada nano atau pun klik link disini http://asyik.tv/widget/nano/ semua channel list dapat tengok kecuali ntv7 & tv9 (tv9 nak tengok kena register dulu).. tapi bagi aku yang penting tv3 tuu..

Just additional info bagi yang baru gunakan asyikTV ni, kat bahagian bawah seperti gambar kat atas ni, ada slider untuk kita lihat cerita pada masa yang telah lepas dalam jangkamasa 1jam. Aku suka guna slider ini untuk skip waktu iklan tv3 yang panjang berjela-jela tu..

Popularity: 6% [?]

CIMB cash deposit machine di Petronas Tanjong Malim

Terima mesej dari CIMB: Your card ****** is now overdue. Kindly remit RM50.00 ASAP to regularize the account or call 03-20363888. Thanks, Alamak baru teringat hari ni dah 7hb rupanya – Tarikh due credit card. Malasnye nak pegi CIMB kat Pekan Tanjong Malim… Start moto, alamak minyak nak habis pulak.. Isi minyak kat Petronas lah, lepas tu boleh draw duit kat ATM Maybank. Lepas isi minyak, masuk dalam Petronas, draw duit kat ATM Maybank, baru perasan dah ada  ATM CIMB dengan Cash Deposit CIMB.. fuhh selamat, tak payah la nak pergi pekan Tanjong Malim yang sunyi sepi tu malam-malam ni..

FAQ
Kenapa ko tak guna CIMB Clicks jer?
Gaji aku masuk kat Maybank so mana ada duit kat CIMB.

Laa ko baru tau ker ade CIMB ATM & Cash Deposit kat Petronas?
Ha a baru tau sebab selalu dok isi minyak kat BHP sebab Petronas sempit sangat.. nak parking pun susah

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]

Older posts «

» Newer posts