photography . studio . art
Internet & Gadgets
Eneloop Limited Edition Rechargeable Batteries
Sep 3rd
Ahad lepas aku order battery ni dari zokies alphanatics. Semalam baru sampai. Aku memang dah ada 8 bijik rechargable battery brand MahaPowerEX Imedion. Tapi kenkadang tak cukup so memandangkan ade offer baik punye untuk Limited Edition Sanyo Eneloop rechargeable battery ni aku tibai ler. Kaler pada bateri memang unik so senang kite nak ingat mana satu bateri yang dah digunakan atau belum.
Terdapat 2 jenis rechargeable battery dipasaran. Normal rechargeable battery macam Energizer, GP dan sebagainya. Jenis ni biasanya kita kena cas dulu 8 Jam sebelum kita nak gunapakai. Satu lagi jenis adalah ready-to-use rechargeable battery macam Imedion, Eneloop & Uniross. Bateri jenis ini tak perlu cas terus guna jer. Antara sebab aku guna ready-to-use rechargeable battery ni:
- low self dischcharge Kadar power-loss batteri ini adalah sangat kurang, bateri yang telah dicas 100% dan disimpan selama 1 tahun akan masih ada 85% lagi powernya. Jadi tak perlu risau untuk mengecas dan menyimpan bateri ini
- Cycle power lebih cepat. So kite tak perlu tunggu lama untuk flash kite reload power dari bateri.
- Boleh menggunakan apa-apa brand charger pun. (tapi rasenye brand lain pun boleh kot)
Popularity: 1% [?]
WTS Sony Cyber-shot DSC T2
Aug 28th
Kamera kesayangan aku sebelum aku mula serius guna DSLR, dibeli awal tahun 2008. Jarang pakai sangat kemera ni, wife aku jer kadang-kadang dok pakai. Kamera ni memang takde ape-ape masalah, memang perfect dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh korang boleh tengok pada body dia masih cantik 98% scratchless. Cuma kat tulisan tu memang tak boleh elak la sebab dia print jer pun atas body.
Apa bestnya kamera ni?
- 8.1 Mega Pixels – Boleh dikatakan sangat besar pada tahun 2008, so kalo nak print sampai saiz A3 pun takde hal punye ni apatah lagi kalo nak print ke saiz 4R jer.
- Carl Ziess Lens – Carl Ziess ni antara lagenda pengeluar lensa terbaik dunia. Warna, sharpness dan contrastĀ bagi lensa ini adalah terbaik berbanding jenama lain. Suatu nama besar yang digeruni dikalangan pengeluar lensa.
- Scratch Proof Body + Touch Screen – Mudah nak jaga sebab anti calar, tapi jangan terlalu ganas sangat, kalo pakai pisau calar ler jugak
- Superb Macro Function - Fungsi macro close-up, membolehkan kita mengambil gambar objek yang kecil macam semut dan sebagainya. Fungsi macro ni sangat-sangat efisien sampai boleh ambil gambar dengan jarak 1cm antara kamera dengan objek berbanding dengan kamera kompak lain.
- Kecil & Ringan – Bentuk yang kecil, ringan & kompak mudah untuk dibawa kemana-mana
- 4GB Memory – Built-in 4GB memory dan boleh expend lagi dengan menggunakan memory stick. So tak perlu beli memory stick pun takpa, 4GB ni pun dah tak larat nak amik gambar.
- Full HD (Still Image) – Ambil gambar dalam saiz pixel 1920 x 1080, mudah bagi orang yang tak suke print gambar just nak view kat Monitor komputer/notebook atau pun LCD TV wide screen (16:9).
Berapa harga untuk dijual? Harganya ialah RM799.00 NEGO. Masa time aku beli dulu harga dia RM1499.00 so susut nilai kira-kira 50%.. Apa yang korang akan dapat dengan RM799.00?
- Kamera Sony Cyber-shot DSC T2
- USB Transfer Cable
- Original Battery
- Original Charger
- Kotak Original
- Manual Pengguna
- Beg Sony Original specialy design untuk Cyber-shot T2 (worth RM150, tapi aku kasi for FREE!)
Boleh call/sms: 016-5112185 untuk direct deal. COD area Tanjong Malim & Ipoh, Postage tambah RM10 untuk Skynet Courier.
Popularity: 3% [?]
Sigma 10-20mm F4-5.6 DC EX
Aug 13th

Antara lens kegemaran aku. Mungkin kepada sesiapa yang tidak tahu, Sigma 10-20mm adalah merupakan Ultra Wide Angle lens aka UWA lens. Lens ultra-lebar ini dapat memberikan kelainan kepada gambar-gambar yang biasa kita tangkap. Jika dibandingkan lens ini dengan kitlens biasa lens ini ada kesan distortion yang tinggi menjadikan gambar kita unik dan berbeza dari gambar yang biasa kita lihat. Lens ini juga sesuai untuk tempat-tempat sempit atau kawasan landscape berpandangan luas. Sigma 10-20mm F4-5.6 DC EX ini juga adalah antara UWA yang tersharp bagi kelasnya. Walaubagaimanapun terpaksa aku lepaskan sebab sudah tiba masanya untuk upgrade.. Aku buka dengan harga RM1.6k nego.. SOLD to buyer from alphanatics.com


Popularity: 5% [?]
Laman web rasmi Khacamata Art & Studio
Feb 22nd

Syukur alhamdulillah, laman web ini akhirnya berjaya di publish. Sebelum ini blog aku ni (eimiza.net) merupakan blog peribadi aku. Dengan passion aku dalam photography, blog peribadi aku semakin lama semakin menjadi blog fotografi perkahwinan. Walaubagaimana pun aku bersyukur atas kepercayaan yang diberikan oleh client-client fotografi aku sebelum ini telah membawa aku terus maju dalam bidang fotografi perkahwinan. Dengan adanya laman web rasmi Khacamata Art & Studio, http://www.khacamata.com akan memberi aku lebih focus terhadap fotografi dan mengembalikan eimiza.net kepada kehidupan peribadi aku semula.
p/s: wife aku dok sound akuĀ “blog eimiza.net ni dok tunjuk gambar kawin jer, gambar kita bile nak masuk pulak..” dalam hati aku cakap ye tak ye gak.. hehe
Popularity: 30% [?]
Bye bye eimiza.com, welcome eimiza.net!
Aug 18th
Alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga siapkan laman web aku yang baru. Laman web aku yang lama iaitu eimiza.com telah mengalami kegagalan disebabkan oleh syarikat hosting itu sendiri. Seperti mana dalam post aku yang terdahulu, laman web eimiza.com telah disponsor oleh baithost.com.my. Aku tak tahu sejauh mana kebenarannya, kerana alasan mereka ada staf mereka telah secara tidak sengaja memadamkan data-data dalam server termasuk data backup! dan disebabkan ini telah menjatuhkan reputasi mereka sehingga syarikat hosting ini tidak mampu lagi untuk meneruskan perkhidmatanya.
Polisi Hosting
Kenapa pemilik-pemilik laman web yang kehilangan data tidak menyaman syarikat hosting ini? Jawapanya adalah kerana semasa kita mahu menggunakan perkhidmatan hosting, kita perlu bersetuju dengan syarat-syarat dan polisi yang telah ditetapkan oleh syarikat hosting. Dan antara polisinya ialah “Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data pada server”. Mana-mana syarikat hosting pun sama mempunyai polisi seperti ini! So better be careful!
Backup Laman web
Disebabkan polisi ini lah kita perlu berhati-hati dan sentiasa bersedia membuat backup sendiri. Sekiranya anda menggunakan enjin blog seperti wordpress, lagi mudah untuk menjalankan proses backup iaitu Tools>Export. Bagi yang menggunakan enjin lain anda perlu backup database (SQL Dump) anda melalui phpmyadmin.
Jangan/elakkan host gambar atau fail-fail anda dalam webserver anda
Bagi gambar, adalah lebih baik kita hostkan gambar di ruangan-ruangan percuma seperti Flickr, Picasa, atau Photobucket yang mana lebih selamat kerana sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini pada server kita, gambar-gambar kita masih ada dan boleh digunakan kembali. Bagi fail-fail pula anda boleh gunakan google docs, filesave dan sebagainya untuk menyimpan dengan lebih selamat. Dengan menyimpan gambar dan fail-fail anda diluar, bukan sahaja dapat menjimatkan saiz hosting anda bahkan turut dapat menjimatkan bandwidth anda.
Bagi sesiapa yang telah mengalami kerugian disebabkan oleh syarikat hosting ini, marilah kita sama-sama ambil iktibar dari apa yang berlaku. Bagi syarikat hosting baithost.com.my, terima kasih kerana mensponsor laman web saya sebelum ini. Bagi pengunjung-pengunjung blog aku mohon maaf sangat-sangat pada yang korang mencari-cari laman web aku yang tak seberapa ini..
Layankan!
Popularity: 22% [?]







Recent Comments