Popularity: 6% [?]
Selamat Tinggal Sony Alpha a580
Adat manusia, kadangkala kita terpaksa melepaskan sesuatu benda yang kita sayang untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Itu lah yang berlaku hari ni. Sememangnya Sony Alpha a580 ni dah banyak berjasa kepada aku dan tak pernah menghampakan aku. Merupakan antara kamera tercanggih Sony Alpha setakat ini. Tapi penggantinya tidak akan dicari dalam masa terdekat ini, memandangkan aku masih mempunyai senjata backup yang masih mengancam jiwa raga, Konica Minolta Dynax 7D hehehe. So buat masa ini memandangkan aku dah takde kamera yang canggih dapat la aku memaksa diri menggunakan kamera legend tu balik.
Kenapa Jual?
Memandang Sony Alpha a580 aku ni bakal duduk lama dalam drybox aku, lebih baik aku jual. Then duit hasil jualan akan aku gunakan untuk tebus 1 ketul emas aku kat Agro Bank. Sekurang-kurangnya boleh imbang balik aset emas aku.
Pengganti?
Sony Alpha a77. Tetapi malangnya model ni masih belum muncul-muncul lagi kat pasaran. Asyik-asyik rumurs jer yang keluar. Tapi jika dalam keadaan terdesak aku mungkin akan angkat dulu Sony Alpha a33 atau a55.
Popularity: 5% [?]







Kesah Korang Yang Sempoi