EIMIZA
photography . studio . art
photography . studio . art
Aug 26th
Cheewah mengaku pakar konon… tapi ni blog aku, so suke hati aku lar.. Ini semua adalah staf-staf di Pusat ICT, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Amat seronok bekerja disini, tapi skali ade juga terasa hati, tapi biasa la asam garam bekerja.. Yang penting kena ada perasaan hormat menghormati antara satu sama lain, sama-sama makan gaji, dan bukannya kita yang membayar gaji.. hehe terima kasih kepada Jurugambar Hasniza dari BHKA, UPSI kerana merakamkan gambar ini..
Popularity: 3% [?]
Aug 25th
15:42:26 PM
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan.
Sumber dari Berita Harian
————–
Bantuan Khas Kewangan Sebanyak RM500 Kepada Kakitangan Awam
Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal.
Sumber dari BERNAMA
Duit raya 2010, seperti yang dijangkakan, kerajaan tetap akan berikan bonus kepada kakitangan awam. Mana taknye kerajaan negeri Pulau Pinang pun dah beri elaun hari raya sebanyak RM400.00 takkan kerajaan pusat tak rasa tercabar kot. Lagi pun orang felda yang kaya raya pun boleh dapat duit raya, takkan la org makan gaji, cam kakitangan awam tak dapat. Alhamdulillah syukur dengan pemberian RM500 ini, terima kasih diucapkan kepada pihak kerajaan kerajaan kerana sanggup tidak mengenepikan kami penjawat awam. Diharap akhir tahun ini kerajaan boleh menimbang untuk pemberian bonus memandangkan ekonomi tengah meningkat.. tak banyak 2 bulan pun cukup.

p/s: gaji tak perlulah naik tahun ni, kalo gaji naik harga barang pun naik… so sama jer tak guna pun. Dapat bonus 2 bulan lagi bagus
Popularity: 12% [?]
Aug 19th
Alhamdulillah setelah lebih setahun menunggu, rumah aku ni dah nak hampir siap, cuma tinggal kelulusan CF dari Majlis Daerah Tanjong Malim. Taman Bernam Baru fasa II ni design dia memang simple sangat, macam rumah low cost jer.. tapi walaumacamana pun aku tetap bersyukur sebab memiliki rumah sendiri. Bersaiz 20×60, 4 bilik tidur dan 3 bilik air, design dalaman adalah sama seperti rumah-rumah teres 2 tingkat yang lain. Kualiti rumah yang dihasilkan boleh katakan baik dengan penggunaan batu-bata merah.

Satu gambar poyo di depan rumah
p/s: shot taken guna Tokina 11-18 F2.8 + Konica Minolta Dynax 7D
Popularity: 7% [?]
Aug 16th

Antara gambar yang hot kat Flickr aku, 144 hits by flickr users. Dah lama dah ambil gambar ni tapi hari ini baru nak post kat blog. Gambar ni diambil waktu outting Perak Alpha Legion & KL Region, Alphanatics. Kebetulan tengah hujan lebat kat ipoh, tak tau nak shoot ape dengan model kitorang ni, so per lagi ambil kesempatan ler shoot Waja R3 celup aku ni..

Popularity: 11% [?]
Aug 13th

Antara lens kegemaran aku. Mungkin kepada sesiapa yang tidak tahu, Sigma 10-20mm adalah merupakan Ultra Wide Angle lens aka UWA lens. Lens ultra-lebar ini dapat memberikan kelainan kepada gambar-gambar yang biasa kita tangkap. Jika dibandingkan lens ini dengan kitlens biasa lens ini ada kesan distortion yang tinggi menjadikan gambar kita unik dan berbeza dari gambar yang biasa kita lihat. Lens ini juga sesuai untuk tempat-tempat sempit atau kawasan landscape berpandangan luas. Sigma 10-20mm F4-5.6 DC EX ini juga adalah antara UWA yang tersharp bagi kelasnya. Walaubagaimanapun terpaksa aku lepaskan sebab sudah tiba masanya untuk upgrade.. Aku buka dengan harga RM1.6k nego.. SOLD to buyer from alphanatics.com


Popularity: 5% [?]
Recent Comments