Terima kasih Adam Adli dari Kakitangan UPSI

9 Januari 2011, sejarah tercipta sepanjang aku berkhidmat di UPSI, pertama kali aku lihat kacau bilau dan huru-hara di bandar kecil Tanjong Malim ini. Hari ini adalah hari perbicaraan seorang mahasiswa UPSI yang telah mencalar imej UPSI iaitu Adam Adli.

Pagi: Roadblock dah mula dilakukan oleh pihak polis, dah mula nampak tanda-tanda nak kesesakkan. Mujur aku naik motor boleh mencilok so sempat la nak punch-in pagi ini. Tapi rasanya mungkin juga rakan-rakan lain yang naik kereta terlewat punch-in hari ini. Mama still sempat hantar Hazique sebab dia mula kerja pukul 8.30pagi

Tengahari: Roadblock diperhebatkan oleh pihak polis. Jalan untuk pintu masuk utama disekat dari sebarang lalu lintas. Berbatu-batu kereta beratur sepanjang jalan, termasuk yang nak masuk balik kerja kat UPSI pun terkandas walaupun pintu belakang UPSI masih dibuka. Again nasib baik aku naik moto boleh mencelah. Masa ini FRU macam dalam gambar aku tu dah sampai dah.

Petang: Lebih kurang pukul 4,30 makin ramai student kelihatan berkumpul kat pintu belakang UPSI disekitar deretan kedai di Taman Universiti. Polis kemudian arahkan semua pintu ditutup. Pukul 5.00, semua pintu masih ditutup, polis cuma membenarkan satu pintu sahaja dibuka iaitu dipintu selatan itupun cuma pintu keluar bagi staf pulang dari kerja.

Kebetulan petang itu juga aku terpaksa kerja lebih masa untuk uruskan sesi video conferencing bagi pelajar PJJ UPSI-MARA, so Mama sepatutnya kena ambil Hazique petang tu. Tapi disebabkan semua pintu ditutup Mama tak boleh masuk untuk ambil Hazique. Aku pula tak boleh nak keluar dari UPSI, sebab jika aku keluar aku dah tak boleh nak masuk semula. Last skali terpaksa suruh mama pergi ke pintu utara berhampiran dengan surau dan gymnasium UPSI di sebab disitu kurang sesak. Tapi guard UPSI still enggan nak bukak pintu untuk aku serahkan Hazique pada mama dia, keadaan terdesak sampaikan terpaksa paskan Hazique dicelahan pintu dan pagar yang sempit memandangkan hujan dah mula turun. – dah rupa macam penyeludup la pulak.

Itulah kisah aku hari ini, aku percaya rakan-rakan kakitangan lain pun mesti ada pengalaman manis pada hari bersejarah ini. Walaubagaimanapun aku ucapkan terima kasih kepada adam adli kerana memberikan pengalaman yang menarik seperti ini kepada kakitangan UPSI.

Popularity: 6% [?]

Pendapatan Dividen ASB 2011

Akhirnya dapat juga nak kemaskini buku ASB aku hari ini. 2-3 hari lepas asyik sibuk jer tak sempat nak pergi bank atau pejabat pos. Tapi hari ni dah masuk hari ke 4 untuk update buku pun masih ramai orang nak berurusan ASB kat bank dan pejabat Pos. Biasa la orang Malaysia, kalau bab dapat duit laju jer, tau nak cepat jer , kalau bab kena keluar duit macam saman ke ape ke esok dah nak tutup baru nak pergi bayar. Haha tapi aku ni pun paku dulang jugak…

Hasil dari kemaskini buku ASB aku kat pejabat pos, pendapatan ASB yang aku dapat untuk tahun ini adalah RM1,561.47, manakala pengiraan yang aku buat menggunakan Calculator ASB online aku dapat RM1,560.75, so terdapat perbezaan untung sebanyak RM0.72. Mungkin 72sen ini nampak kecil bagi aku yang buat loan ASB cuma RM20,000.00. Aku akan cuba perbaiki dari masa ke semasa.

Cara penggunaan Calculator ASB online
Kalo nak pakai calculator ni, benda paling penting ialah kita nak kena tau macam mana nak tengok baki terendah bulanan. Jika merujuk pada buku akaun ASB (rujuk gambar kat atas):-

Baki Terendah*
Januari 2011: RM 3,426.28 – Terdapat 2 transaksi tercatit pada buku(4/01/2011) dan baki terendah bulanan adalah RM3,426.28 walaupun kita dan topup RM200 pada bulan berkenaan.
Februari 2011: RM126.28 – sebab aku dah buat pengeluaran pada 23/2/2011** sebanyak RM3,500.00
Mac hingga Disember 2011: RM126.28 – kekal setiap bulan sebab tiada pengeluaran atau penambahan

*Baki terendah ini tak termasuk dengan RM20,000 loan ASB aku.
** Sangat rugi jika buat pengeluaran pada akhir-akhir bulan, lebih baik tangguh ke bulan kehadapan melainkan keadaan mendesak

So aku pun masukkan dalam Calculator ASB online macam screenshot dibawah:-

dan dapat la result dia seperti ini:-

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 14% [?]

Older posts «

» Newer posts