
KHM Strawberrys & Jams ini merupakan salah satu syarikat bumiputra yang menceburi penanaman strawberry sejak tahun 2000. Terletak di tanah rata, kawasan ini agak tersorok berbanding dengan kedai-kedai non-bumiputra. Untuk ke sini pastikan anda lihat simpang menghala ke Kem Slim.

KHM Strawberrys & Jams ini memang pakar dalam pembuatan Jem buat dirumah aka Homemade strawberry jams. Aku difahamkan oleh cucu taukeynya rumah ini lah kilang buat Homemade strawberry jams.



Kat sini juga penaman strawberry ini dibuat. Strawberry ini sesuai ditanam dalam pasu atau beg plastik. Dan sudah tentunya buah-buah ini tidak dibenarkan untuk dipetik. huhu


Gambar di atas merupakan Jem biasa yang telah diproses di kilang. Jem ini boleh didapati di kedai-kedai di sekitar Cameron Highlands. Manakala jem homemade ini pula dijual di sini sahaja


Kat sini juga ade tempat untuk lepak-lepak rehatkan diri, sambil makan anggur percuma yang boleh dipetik dari atas bumbung semulajadi ini.

Setelah penat melepak, sesi pemborongan pun dijalankan. Kat sini bukan saja jem, strawberry segar, kering, gula, aiskrim, kordial dan macam-macam lagi produk strawberry. Kitorang borong banyak sangat sampai pening taukey ni nak kira.


Lepas berpuas hati memborong pelbagai jenis produk strawberry, kini tiba masa untuk berangkat pulang. Sebelum pulang aku sempat lagi shoot pemandangan ini.

Popularity: 15% [?]
Kesah Korang Yang Sempoi