ASB dividend calculator

Lamanya tak update, sibuk dengan macam-macam hal, panjang ceritanya. Basically hari ini aku nak kongsi pasal ASB. Biasa la hujung-hujung tahun macam ini, semua orang nak tau berapa keuntungan dividen yang akan dapat tahun ini, termasuk la aku. Macam-macam keyword aku dah cuba kat google tapi tak jumpa satu pun cara yang boleh kira dividen dengan cara yang cepat dan mudah macam online calculator bagi dividen ASB.

Yang aku jumpa adalah blog-blog yang menceritakan tentang kaedah-kaedah macam mana nak kira dividen ASB, tapi semuanya bunyi macam complicated dengan formula itu dan ini. Tapi ada satu blog ini (http://perjalananku.com/?p=2220) dia punya perincian tentang kaedah nak kira dividen ASB sangat mudah nak faham.

So, dengan formula dan contoh yang diberikan kat blog ini aku cuba hasilkan ASB dividend calculator ini supaya memudahkan kita nak kira dividen yang bakal kita dapat. Terdapat dua bentuk calculator bergantung pada kes-kes tertentu

Case 1:
Simpan sejumlah wang pada awal tahun
Tiada pengeluaran/penambahan saving dilakukan sepanjang 12 bulan

Case 2:
Ingin membuat pinjaman ASB
Mengetahui anggaran keuntungan setahun dan purata sebulan

sila gunakan calculator ini: http://eimiza.net/blog/form1.php

dan bagi kes seperti ini:-

Case 1:
Simpan secara tetap setiap bulan sebanyak RM500/month
Tiada pengeluaran di lakukan sepanjang 12 bulan

Case 2:
Simpanan secara tidak tetap setiap bulan
Tiada pengeluaran di lakukan sepanjang 12 bulan

Case 3:
Simpanan secara tidak tetap setiap bulan
Ada pengeluaran di lakukan sepanjang 12 bulan

sila gunakan calculator ini: http://eimiza.net/blog/form2.php

kalau nak detail pasal kes-kes tadi sila layari blog http://perjalananku.com/?p=2220, aku perlukan feedback.. please komen, thanx y’all!!

p/s: Carta sejarah dividen ASB dari 1990 hingga 2010, dan bydaway agihkan pendapatan ASB 2011 adalah 7.65 sen seunit dan bonus 1.15

Tahun Dividen + Bonus
2010 7.5 + 1.25
2009 7.30 + 1.25
2008 7.00 + 1.75
2007 8.00 + 1.00
2006 7.30 + 1.25
2005 7.25 + 1.75
2004 7.25 + 2.00
2003 7.25 + 2.00
2002 7.00 + 2.00
2001 7.00 + 3.00
2000 9.75 + 2.00
1999 8.50 + 1.50 + 2.0 (2sen adalah bonus istimewa)
1998 8.00 + 2.50
1997 10.25 + 1.25
1996 10.25 + 3.00
1995 10.0 + 3.00
1994 9.50 + 4.50
1993 9.00 + 4.50
1992 7.50 + 5.00
1991 8.50 + 4.00
1990 8.00 + 6.00

 

Popularity: 41% [?]

Raya Pertama 2011


Alhamdulillah masih berjaya bangun awal walaupun tido dekat pukul 3. Lepas sembahyang raya kat Masjid Batu 16 Ayer Tawar, beraya dengan abah, mak mertua, dan adik-adik ipar, aku gerak ke Batu Gajah pulak beraya ngan abah dan mama. Ayer tawar dengan batu gajah bukannya jauh pun dekat jer.. So kena la beraya dua-dua parent dulu, kemudian baru la nak pergi beraya dengan family lain atau dengan kawan-kawan.

Those pic upload just nak share kemeriahan raya dengan readers. ok enjoy nantikan pic raya dua dan ketiga pulak.. :D

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 7% [?]

Older posts «

» Newer posts