Syahdu Malam Raya

Syahdu Malam Raya.. Aku baru jer sampai rumah mak mertua di Ayer Tawar pukul 11 tadi, disambut dengan bunyi syahdu lunak mesra nyanyian para vateran agaknya. Dalam hati aku, mungkin kenduri kahwin jiran Mak Mertua aku agaknya, mesti dah nak habis kot. Takkan majlis kahwin sampai ke pagi kot.

Masuk jer dalam rumah, semua sangkaan aku meleset. Rupa-rupanya jiran mak mertua aku ni baru meninggal dunia seminggu lepas. Kiranya malam ni “kenduri arwah malam ketujuh agaknya”. Dari hari jiran ni meninggal dunia, sampai ke hari ini sanak saudara mereka berkumpul. Malam ni kira kemuncaknya la agaknya.

Dahsyat juga majlisnya, meja makanan takde la pulak aku nampak. Tapi ade speaker besar, siap complete dengan “live band”, penyanyi live, siap ade jurufoto lagi. Jam dah masuk 1.20 pagi saat aku tengah menaip post ni. Masih tak habis lagi nyanyian-nyanyian diorg. Besok nak kene bangun awal nak bersiap untuk sambut hari raya. Nasib baik hazique boleh layan tido jugak, takde la aku risau sangat. Yang aku risau, aku yang tak boleh-boleh nak tido lagi ni. adusss… Syahdunya Malam Raya Ni!!!

p/s: Aku tak berniat racist :)

Popularity: 5% [?]

Sehari Sebelum Raya 2011


Hari terakhir puasa, hari ini hari Isnin, aku masih ada kat office masa menaip post ni. Office memang lengang la cuma 6 orang jer daripada 78. Kalau ikutkan aku boleh jer apply cuti hari ini dan balik Jumaat lepas, tapi apakan daya cutinya dah tinggal sikit sangat. Raya tahun ini memang pecah rekod la aku apply cuti 1 hari jer untuk hari raya, tu pun sebab dapat cuti free 3 hari, bersambung dengan Hari Merdeka.

Pukul 11 pagi tadi kedengaran khabar gembira dari Yg Bhg Dato’ VC, seperti kebiasaan seperti tahun-tahun lepas, UPSI akan bagi pelepasan Half Day untuk pekerja yang bekerja pada hari terakhir sebelum cuti raya. So masih banyak masa untuk balik pulang ke kampung. lagi pun dengar MHI pagi tadi highway PLUS bergerak lancar, so tak perlu risau jem kat highway.

Selamat hari raya dan maaf zahir batin aku ucapkan kepada semua pengunjung blog saya dan kepada rakan-rakan, dan keluarga. Mohon maaf sepanjang saya berblogging sejak tahun 2008 tersalah tulis, ter”decline” comment, terkasar ayat dan macam-macam lagi “ter” yang telah aku lakukan. Doakan aku selamat pergi dan pulang.

p/s: tak tau nak letak gambar ape, aku letak design ekad raya group aku di office “sungai river” hahaha

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 2% [?]

Older posts «

» Newer posts