Bangunan Canggih Aircond Problem

Sekadar berkongsi masalah (atas request kengkawan office yang prihatin), sejak kami menghuni bangunan paling cantik & canggih di UPSI, ini lah masalah yang paling tak best skali. AIRCOND!! Bukannya aircond tak kuat. Tapi sekarang ini tak ada aircond lansung! Terpaksa la beli kipas kecik sorang satu…

20110520-114217.jpg

kak iela dengan cara kreatif memaksimumkan kipas kecilnya

20110520-114235.jpg

Ibu mengandung tetap maintain tersenyum, walaupun terpaksa menanggung kepanasan dipejabat

20110520-114245.jpg

Anis cuba mengawal tahap ke “tension”nan dia menghadapi masalah aircond

Kak murni dengan kipas old schoolnya masih gagah mengharungi kepanasan dipejabat

20110520-114539.jpg

Mueiz dengan kipas baru yang mempunyai jenama aircond

Popularity: 6% [?]

McChicken Beli 1 Percuma 1 di McDonalds

Jom gi serang McDonalds. Promosi untuk hari ini sahaja! 18 Mei 2011, bermula 11 pagi hingga 12 tengah malam Beli 1 McChicken dapat 1 lagi percuma. Caranya? Print coupon ini dan berikan semasa nak membeli nanti. Kupon photostat pun diterima. Tapi masalahnya kalau aku nak gi McD kena la gi rawang jawabnye.. haha~

p/s: Member aku Prabu, dia cakap tiap-tiap minggu ada promosi macam ni (sejak minggu lepas la)

Klik di sini untuk muat turun kupon beresolusi tinggi

Popularity: 9% [?]

Gambar kemalangan Abdul Fatah di Simpang Pulai

Gambar kereta Abdul Fatah Bin Abdul Latif yang sempat dirakamkan semasa hari kemalangan di Km 290 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Simpang Pulai. Gambar telah diperbaiki kerana gambar asal kurang jelas kerana kawasan gelap. Kereta beliau terpaksa dipotong untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Popularity: 15% [?]

Kenangan bersama Abdul Fatah Bin Abdul Latif

20110516-081032.jpg

Seorang teman sepejabat, seorang rakan dan sahabat, Abdul Fatah Bin Abdul Latif meninggal dunia setelah terlibat dengan kemalangan di Km 290 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Simpang Pulai. Hampir 3 tahun mengenali Fatah, sejak beliau masuk berkhidmat di Pusat ICT, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau seorang yang ceria dan peramah sering bercakap dengan loghat Perak yang mana beliau juga berasal dari Manong, Kuala Kangsar. Abdul Fatah merupakan seorang pembantu tadbir di Pusat ICT, namum memiliki Diploma Perkapalan dari Politeknik Ungku Omar Ipoh.

Mula lebih akrab dengan Abdul Fatah sejak aku mula sibuk membaikpulih kereta Daihatsu Charade G100 aku, dan Fatah dengan Fitri lah yang amik kontrak polishing enjin Charade aku ni. Memang seronok menyembang dengan beliau, kelakar orangnya pandai menjaga hati dan tak pernah sakitkan hati kengkawan dia.

Beliau juga seorang yang sangat sayangkan keretanya, enjin luar dalam sentiasa berkilat, sentiasa mengambil berat tentang kenderaannya, jadi mustahillah kemalangan yang berlaku adalah disebabkan kegagalan keretanya. Tapi mungkin juga lah keretanya agak terlalu lowerd menyebabkan keretanya boleh masuk dibawah palang penghadang jalan tu. Mungkin mengantuk menyebabkan kemalangan ini berlaku, memandangkan kakaknya yang turut sama menumpang keretanya sedang tidur semasa kemalangan berlaku. Tetapi wallahualam, hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang berlaku.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Segala kenangan pasti tidak akan dilupakan.

Al-Fatihah

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 12% [?]

Older posts «

» Newer posts