photography . studio . art
Posts tagged keretapi tanah melayu
Stesen KTM Tanjong Malim
Sep 11th
Hari ini my wife balik hujung minggu dari Johor. Selalunya dia naik bas. Tapi bas dari batu pahat tak boleh masuk Pudu sehingga hari raya, untuk elak kesesakkan!? Jadi alternatif lain ialah naik bas ke Seremban dan naik KTM komuter terus ke Tanjong Malim. Hebatkan KTM komuter sekarang ni boleh jalan dari Seremban ke Tanjong Malim? Jauh tu.. Itulah yang digembar-gembur oleh KTM Berhad, Perkhidmatan komuter telah meluas dari Seremban ke Tanjong Malim dan seterusnya bakal ke Ipoh pula.
Tetapi hakikatnya, indah khabar dari rupa. Perkhidmatan komuter dari Rawang ke Tanjong Malim bukannya komuter! Tetapi keretapi penumpang biasa yang berjalan dengan sungguh lembab sekali! Iklan bukan main lagi, komuter dari Tanjong Malim boleh pergi ke KL konon, boleh blah! Harga tiket bukan main lagi nak kasi naik, tapi perkhidmatan langsung taknak pulak kasi naik.
Sepatutnya kalau KTM belum sedia nak berikan perkhidmatan komuter dari Tanjong Malim ke Rawang buat la cara belum sedia. Ini iklan kata komuter, bila naik keretapi biasa! Harga tiket tetap sama! KTM PENIPU & PENYAMUN!
fuhh pueh hati aku.. disebabkan kebosanan tahap melampau aku menunggu “Komuter” yang delay dekat sejam ni sampai, aku pun melayan la wife no 2 aku ni (kamera aku laa jgn igt lain ek)
Popularity: 56% [?]











Recent Comments